SIMPOSIUM PENGANTARABANGSAAN BAHASA MELAYU DAN DEBAT TERBUKA KELUARGA MALAYSIA PETANDA KEJAYAAN YAB PM ISMAIL SABRI
Ismail Sabri berjaya menjadi satu contoh terbaik kepada semua kepimpinan pelbagai peringkat yang mengutamakan bahasa Melayu. Sejarah ‘The Malay Archeopilago’ telah membuktikan bahasa Melayu merupakan bahasa yang dipertuturkan dalam ratusan tahun yang lalu di kepulauan melayu ini dengan menggunakan resam tulisan jawi dalam aktiviti bahasa, budaya, agama, pendidikan, pentadbiran dan aktiviti ekonomi. Sehubungan itu , Debat Terbuka Keluarga Malaysia dianjurkan di Dewan Bahasa dan Pustaka seiring dengan hasrat dan aspirasi Perdana Menteri Malaysia untuk memartabatkan Bahasa Melayu. Debat ini adalah lambang kejayaan Ismail Sabri dalam perjuangan memperkasakan bahasa Melayu. Hal ini disebabkan , debat ini turut dihadiri oleh pelbagai lapisan masyarakat dan rakyat keluarga Malaysia. Bangsa Melayu , Cina dan India semua bersatu dalam mengambil bahagian dalam konsep debat yang begitu bermakna ini. Terdapat juga rakyat asing dari Russia turut berpidato dalam bahasa Melayu sempenana pr...