MENJINAK KARTEL DI REBAN AYAM
Dalam isu kekurangan ayam di pasaran yang sengaja dicipta oleh Taikun ini, sebenarnya terdapat satu peluang kepada rakyat khususnya di luar bandar.
Kerja sebagai penternak tidak boleh lagi dianggap sebagai sebuah pekerjaan yang terkebelakang. Sebaliknya ia adalah satu pekerjaan yang mampu menjadi multi-bilioner.
Ayam adalah makanan ruji setanding nasi. Ayam diperlukan harian. Namun, 70% ayam di negara kita telah diimport dari negara jiran. Mengapa kita tidak mempunyai ladang sendiri?
Sudah tiba masanya kerajaan memiliki ladang ayam bagi memastikan bekalan bahan mentah itu sentiasa stabil di negara ini.
Ladang ayam berkemungkinan boleh diuruskan oleh syarikat berkaitan kerajaan atau agensi yang memiliki kepakaran dalam bidang penternakan. Ini bagi mengawal harga dan stok ayam oleh pihak kerajaan sendiri.
Sebenarnya, krisis stok ayam berlaku disebabkan bahan mentah itu dikawal kartel tertentu yang boleh berbuat apa saja, termasuk mengehadkan bekalan jika mahu memanipulasi harganya.
Sekarang adalah masa untuk kerajaan meneliti rancangan memiliki ladang ayam yang dilihat sebagai alternatif kebergantungan pada syarikat swasta.
Ini membabitkan isu sekuriti makanan kepada rakyat kerana bila-bila masa saja bekalan boleh dihad atau diputuskan, walaupun untuk tempoh beberapa hari.
Malah, apabila ada ladang ayam sendiri, kerajaan juga tidak perlu bergantung pada ayam import dari China.
Kerajaan harus konsisten dengan keputusan drastik ini. Tindakbalas dari Taikun ini harus dipersetankan. Jangan tergugat dengan tekanan mereka.
Rakyat pula jangan panik. Mentaliti harus bersiap-siaga. Cuba kita lihat nelayan tuna di Eropah, mereka adalah nelayan yang kaya raya. Lihatlah penternak ayam di Thailand, mereka adalah penternak ayam yang kaya multi billionior.
Jangan melihat reban ayam sesuatu tempat yang kotor dan hina. Lihatlah reban ayam sebagai sumber ekonomi. Rakyat Malaysia harus bersiap-siaga ke arah itu. Perdana Menteri memberi peluang kepada rakyat Malaysia dari pengguna menjadi pengusaha. Tahniah PM.

Comments
Post a Comment