CURAHAN EKONOMI ISMAIL SABRI UNTUK KEGEMBIRAAN RAKYAT
Kita sebagai rakyat Malaysia perlu bersyukur di bawah kepimpinan YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob. Pengumuman demi pengumuman yang dicurahkan mendapat perhatian warganet. Curahan ekonomi ini memberi satu mesej yang jelas bahawa betapa keprihatinan YAB DSIS terhadap nasib rakyat adalah tidak berbelah bagi. Perkara pertama yang perlu untuk kita syukuri adalah pengumuman pengeluaran khas KWSP RM 10 000 dalam Perhimpunan Agung UMNO yang lalu. Pengumuman ini adalah empati beliau kepada masalah ekonomi rakyat. Pun begitu, setiap tohmahan dan kecaman netizen tidak menggangu prestasi beliau kerana DSIS tahu pengumuman ini adalah pada waktu yang tepat dan sewajarnya. Setelah pembukaan ekonomi secara keseluruhan diumumkan pada 1 April 2022. Perkara kedua yang perlu untuk kita syukuri, adalah Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang terdahulu diumumkan untuk memberi pacuan ekonomi kepada rakyat jelata. Sama ada dari golongan B40 atau M50, bantuan ini khusus untuk mendepan...