PENCALONAN ISMAIL SABRI SEBAGAI POSTER BOY BN BUKTI BELIAU DIYAKINI RAKYAT DAN AHLI UMNO
Majlis Kerja Tertinggi Umno sebulat suara mencadangkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 akan datang.
Pencalonan ini juga membuktikkan bahawa Ismail Sabri adalah kunci dan formula kemenangan Barisan Nasional yang bukan sahaja disokong oleh akar umbi UMNO dan kesemua kepimpinan tertinggi Barisan Nasional bahkan rakyat Malaysia secara umumnya.
Pada masa yang sama , pencalonan Ismail Sabri Adalah Terjemahan Akar UMBI UMNO Berlandaskan Ketetapan PAU 2021. Sebelum ini juga sudah sebanyak 123 bahagian UMNO seluruh Malaysia sudah meluluskan usul untuk sokong Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri UMNO. Sokongan ini diterjemahkan dalam ketetapan MKT UMNO yang sudah pun ditandatangani oleh Presiden parti iaitu Zahid Hamidi.
Ismail Sabri telah membuktikan prestasi yang cemerlang dalam urusan pentadbiran negara dengan memberikan penekanan terhadap kestabilan politik, ekonomi dan kebajikan rakyat.
Buat rakyat Malaysia pencalonan Ismail Sabri sebagai Poster Boy BN akan berikan mandat dan kemenangan besar kepada BN semula. Negara ini akan kembali menjadi sebuah negara yang stabil, makmur, diyakini pelabur dan akhirnya rakyat juga yang akan mendapat manfaat melalui kestabilan politik.
Malaysia kini dalam Fasa Peralihan Ke Endemik yang mana penumpuan ke arah pemulihan negara sedang giat dijalankan oleh Kerajaan Keluarga Malaysia pimpinan Ismail Sabri.
Keprihatinan Perdana Menteri dalam usaha pemulihan ekonomi rakyat termasuklah pelaksanaan perintah gaji minimum baharu tidak lama lagi serta agenda membela nasib rakyat antaranya memastikan kepentingan dan hak Wanita 1/3.
Keadaan ini sekaligus gus dapat memberikan keyakinan kepada rakyat yang ingin melihat sebuah kerajaan yang stabil dan kukuh ditubuhkan selepas PRU-15 kelak.

Comments
Post a Comment