Posts

BERTABAHLAH ISMAIL SABRI, BERJUTA RAKYAT BERSAMAMU

Image
Tidak sukar untuk difahami kenapa seorang Perdana Menteri boleh dihina dan dimusuhi terang-terangan di pentas perhimpunan UMNO. Amat mendukacitakan bagi sesiapa yang mengikuti episod politik YAB Perdana Menteri yang punya integriti dan amanah dalam melaksanakan tugas. Sudahlah ke hadapan memikul tanggungjawab sebagai Ketua Pembangkang selepas UMNO kecundang dalam PRU-14. Kemudian hanya beliau sahaja yang boleh diharap sebagai pemimpin bersih untuk memikul tanggungjawab sebagai Perdana Menteri ke-9 berbanding sosok lain. Akhirnya apabila Ismail Sabri tidak menunjukkan tentangan kepada hukuman penjara Najib Razak, beliau pula dicaci dan disuruh ‘keluar’ dari UMNO hanya kerana tidak melakukan ‘jenayah’ yang menjadi tradisi UMNO. Hanya kerana PM Ismail Sabri tidak menyalahgunakan kuasa untuk mencampuri urusan mahkamah,  beliau menerima tomahan dan terpaksa menjadi ‘asing’ dari UMNO. Seolah-olah beliau penjenayah sebenar. Kompas moral UMNO benar-benar gelong dan lari dari realiti sehing...

SETAHUN BERSAMA ISMAIL SABRI

Image
Kempen #KerajaanGagal hanya bermotifkan politik, tanpa ada penilaian kepada kemajuan yang sudah dikemudi YAB Perdana Menteri. Mereka tutup mata kerana sengaja mahu jadikan isu akibat tak ada modal dan tak pernah ada sumbangan kepada rakyat.  Kerajaan Keluarga Malaysia sudah melunaskan lima teras utama yang berjaya bawa Malaysia kepada pemulihan ekonomi, kesihatan, dan politik yang terbaik hari ini.  Pengawalan COVID-19 Malaysia mencapai imuniti kelompok sebelum 2022. Kadar vaksinasi di negara ini jauh lebih berkesan berbanding sebahagian negara maju seperti Jepun. Malah kerajaan juga mampu untuk menyumbang vaksin kepada negara lain seperti Bangladesh dan Laos. Sehingga Ogos 2022, keseluruhan populasi negara ini sudah mencapai kadar 84.1% vaksinasi penuh, satu keadaan yang selamat untuk fasa endemik. Pemulihan Ekonomi Ketika krisis ekonomi berlaku disebabkan pandemik COVID-19 di seluruh dunia, Kerajaan Keluarga Malaysia membawa Malaysia ke arah pemulihan. RM 400 bilion diperunt...

Ismail Sabri Pejuang UMNO Sejati Yang Tidak Pernah Tunduk Kepada Segala Desakan Muhyiddin Dan Perikatan Nasional

Image
  Ismail Sabri Pejuang UMNO Sejati Yang Tidak Pernah Tunduk Kepada Segala Desakan Muhyiddin Dan Perikatan Nasional  Syabas Perdana Menteri yang berjiwa UMNO dan Rakyat yang tidak pernah tunduk dengan desakan politik demi menjaga kepentingan Rakyat .  Dalam pada itu , segala tuntutan , ketetapan , hasrat dan suara UMNO terus didukung oleh DSIS. Suara UMNO terus diberikan keutamaan dalam era kepimpinan Kerajaan Keluarga Malaysia.  Semua perkara yang diputuskan oleh Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada 27 Ogos 2021, telah dilaksanakan oleh Ismail Sabri . A. Mempertahankan Institusi Raja-Raja Melayu dengan menjunjung Titah mengadakan kerjasama dan permuafakatan rentas parti B. Berjaya menangani COVID-19 dan vaksinasi  C. Jawatankuasa khas telah pun ditubuhkan bagi menyiasat pendedahan buku bekas Peguam Negara, Tommy Thomas D. Menubuhkan RCI Tabung Haji E. KWSP diluluskan F. RUU Anti Lompat Parti Diluluskan  G. MoU Transformasi Bertulis Tidak Diterus...

SEMUA AHLI UMNO BANGKIT BERSAMA SOLIDARITI PERTAHANKAN YAB PM DSIS

Image
  Hari yang penuh bersejarah buat UMNO dan negara dicemarkan dengan kerakusan Perikatan Nasional merebut kuasa. Sewaktu YAB DSIS mengetuai RUU Anti Lompat Parti di Dewan Rakyat yang disokong sebulat suara, Perikatan Nasional mengeluarkan satu kenyataan yang menuntut agar politikus mereka bisa memanaskan punggung di kerusi Timbalan Perdana Menteri. Ini satu penghinaan kepada demokrasi. Di saat YAB DSIS bersungguh mahu mengangkat mandat dan kuasa rakyat, mereka hanya memikirkan mandat dan kuasa sendiri. Malah 6 daripada 11 ahli Parlimen yang tidak menghadirkan diri terdiri daripada ahli PAS dan Bersatu. Kesemua ahli Parlimen daripada UMNO menghadirkan diri, berdiri teguh di belakang YAB DSIS yang berjuang mengembalikan kestabilan kepada dunia politik tanah air melalui RUU Anti Lompat Parti. Jangan cabar Perdana Menteri kami. Jangan cabar Naib Presiden kami. Ismail Sabri orang UMNO. 3.4 juta ahli UMNO setia bersama beliau. Demi agama, bangsa dan negara. InshaAllah.

SOKONGAN SECARA TOTAL SEMUA 209 AHLI PARLIMEN TERHADAP RUU ANTI LOMPAT BUKTI KEKUATAN SEBENAR YAB PM DSIS

Image
  Alhamdullilah. Satu berita gembira buat seluruh rakyat Malaysia, akhirnya hak kita sebagai rakyat dijaga dan dibela. Lebih dua per tiga majoriti Dewan Rakyat telah menyokong RUU Anti Lompat Parti. Sebentar tadi, Parlimen Malaysia menyaksikan RUU Perlembagaan (Pindaan)(No.3) 2022 berkaitan Peruntukan Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti (Bacaan Kedua) disokong secara TOTAL iaitu sebanyak 209 orang.  Berikut adalah keputusan penuh undian : *209* menyokong *0* tidak menyokong *11* tidak hadir Keputusan : *diluluskan*  melebihi 2/3 undi majoriti yg diperlukan RUU yang telah dibentangkan sendiri oleh Perdana Menteri Ismail Sabri telah berjaya menarik dan menyakinkan seluruh isi dewan untuk menyokong usul tersebut, tidak kiralah kerajaan atau pembangkang. Itu secara tersurat, mahupun secara tersiratnya, menunjukkan bahawa PM kita sebenarnya mempunyai kekuatan dan karisma yang disegani kawan dan digeruni lawan. Kalau sesiapa yang mengikut rapat mana mana politik sesebuah nega...

Semua Pihak Perlu Bersatu Hati Luluskan RUU Anti Lompat Parti

Image
Cadangan sebuah undang-undang khusus mengharamkan ahli Parlimen dan ahli dewan undangan negeri berpindah parti telah lama dikemukakan. Cuma tiada ‘political will’ untuk meneruskan usaha ini sehinggalah Dato’ Sri Ismail Sabri mengambil alih teraju negara.  Walaupun perjanjian persefahaman (MOU) antara kerajaan PN dan blok pembangkang pada awal pembentukan kerajaan meletakkan salah satu syarat MOU itu iaitu membentang RUU Anti Lompat Parti, ia hanyalah salah satu pemangkin kepada kerajaan semasa untuk mengambil inisiatif ke arah itu. Merujuk kepada ucapan Perdana Menteri ketika membentangkan RUU tersebut, beliau menekankan pentingnya undang-undang ini untuk memastikan kestabilan politik berpanjangan dalam sesebuah kerajaan. Pengalaman pertukaran Perdana Menteri sebanyak tiga kali selepas PRU14 menunjukkan betapa serius isu lompat parti ini.  Jika tidak ditangani segera, kemungkinan kestabilan kerajaan juga akan tergugat selepas PRU 15 nanti jika kerajaan yang dipilih tidak mempu...

RUU Anti Lompat Parti Bukti Ismail Sabri Tegas Pertahankan Rakyat

Image
Akhirnya di Era pentadbiran Perdana Menteri ke-9, tiada lagi katak politik berlidah ular boleh menjual alasan 'demi rakyat' sebagai alasan menjaga periuk nasi. Sejak PRU-14, sejumlah besar 39 Ahli Parlimen lompat parti. Jelas perkara ini membawa ketidakstabilan politik dan lebih menyedihkan memberi harapan palsu kepada rakyat yang mengundi. Kontroversi besar satu ketika dahulu menyaksikan rombakan aneh Langkah Sheraton melibatkan nama besar seperti Azmin Ali, Saifuddin Abdullah dan Zuraida Kamarudin bersama 11 Ahli Parlimen Lain yang meninggalkan PKR. Jelas kerosakn ini mengganggu gugat pentadbiran negara apatah lagi ketika rakyat sedang bergelut dengan keperluan ekonomi.  Di Sabah pula, rakyat tertipu apabila 9 ADUN menyertai BERSATU sejurus keputusan PRU (Peringkat DUN) diumumukan.  16 Ahli Parlimen yang memenangi kerusi di bawah tiket UMNO juga telah beralih arah menyebabkan seolah-olah kepercayaan rakyat yang diberi kepada parti menerusi keputusan pilihanraya adalah sia-si...