Posts

Showing posts from August, 2022

BERTABAHLAH ISMAIL SABRI, BERJUTA RAKYAT BERSAMAMU

Image
Tidak sukar untuk difahami kenapa seorang Perdana Menteri boleh dihina dan dimusuhi terang-terangan di pentas perhimpunan UMNO. Amat mendukacitakan bagi sesiapa yang mengikuti episod politik YAB Perdana Menteri yang punya integriti dan amanah dalam melaksanakan tugas. Sudahlah ke hadapan memikul tanggungjawab sebagai Ketua Pembangkang selepas UMNO kecundang dalam PRU-14. Kemudian hanya beliau sahaja yang boleh diharap sebagai pemimpin bersih untuk memikul tanggungjawab sebagai Perdana Menteri ke-9 berbanding sosok lain. Akhirnya apabila Ismail Sabri tidak menunjukkan tentangan kepada hukuman penjara Najib Razak, beliau pula dicaci dan disuruh ‘keluar’ dari UMNO hanya kerana tidak melakukan ‘jenayah’ yang menjadi tradisi UMNO. Hanya kerana PM Ismail Sabri tidak menyalahgunakan kuasa untuk mencampuri urusan mahkamah,  beliau menerima tomahan dan terpaksa menjadi ‘asing’ dari UMNO. Seolah-olah beliau penjenayah sebenar. Kompas moral UMNO benar-benar gelong dan lari dari realiti sehing...

SETAHUN BERSAMA ISMAIL SABRI

Image
Kempen #KerajaanGagal hanya bermotifkan politik, tanpa ada penilaian kepada kemajuan yang sudah dikemudi YAB Perdana Menteri. Mereka tutup mata kerana sengaja mahu jadikan isu akibat tak ada modal dan tak pernah ada sumbangan kepada rakyat.  Kerajaan Keluarga Malaysia sudah melunaskan lima teras utama yang berjaya bawa Malaysia kepada pemulihan ekonomi, kesihatan, dan politik yang terbaik hari ini.  Pengawalan COVID-19 Malaysia mencapai imuniti kelompok sebelum 2022. Kadar vaksinasi di negara ini jauh lebih berkesan berbanding sebahagian negara maju seperti Jepun. Malah kerajaan juga mampu untuk menyumbang vaksin kepada negara lain seperti Bangladesh dan Laos. Sehingga Ogos 2022, keseluruhan populasi negara ini sudah mencapai kadar 84.1% vaksinasi penuh, satu keadaan yang selamat untuk fasa endemik. Pemulihan Ekonomi Ketika krisis ekonomi berlaku disebabkan pandemik COVID-19 di seluruh dunia, Kerajaan Keluarga Malaysia membawa Malaysia ke arah pemulihan. RM 400 bilion diperunt...