SETAHUN BERSAMA ISMAIL SABRI




Kempen #KerajaanGagal hanya bermotifkan politik, tanpa ada penilaian kepada kemajuan yang sudah dikemudi YAB Perdana Menteri. Mereka tutup mata kerana sengaja mahu jadikan isu akibat tak ada modal dan tak pernah ada sumbangan kepada rakyat. 


Kerajaan Keluarga Malaysia sudah melunaskan lima teras utama yang berjaya bawa Malaysia kepada pemulihan ekonomi, kesihatan, dan politik yang terbaik hari ini. 


Pengawalan COVID-19


Malaysia mencapai imuniti kelompok sebelum 2022. Kadar vaksinasi di negara ini jauh lebih berkesan berbanding sebahagian negara maju seperti Jepun. Malah kerajaan juga mampu untuk menyumbang vaksin kepada negara lain seperti Bangladesh dan Laos. Sehingga Ogos 2022, keseluruhan populasi negara ini sudah mencapai kadar 84.1% vaksinasi penuh, satu keadaan yang selamat untuk fasa endemik.


Pemulihan Ekonomi


Ketika krisis ekonomi berlaku disebabkan pandemik COVID-19 di seluruh dunia, Kerajaan Keluarga Malaysia membawa Malaysia ke arah pemulihan. RM 400 bilion diperuntukkan dalam RMKe-12, bajet terbesar dalam sejarah RMK. Untunk mengurangkan kos sara hidup akibat inflasi yang berlaku di seluruh dunia, sekali lagi DSIS memutuskan peruntukan subsidi yang terbesar dalam sejarah Malaysia sebanyak RM 77.7 bilion. Malah, bantuan tunai menerusi BKM juga adalah yang terbesar berbanding dua tahun sebelumnya sebanyak RM 10.46 bilion. Pelaburan terkumpul Malaysia (FDI) juga meningkat berlipat kali ganda sejak suku kedua 2021. Terkini, Malaysia berjaya menarik RM 16.52 bilion pelaburan baru dari AS hasil lawatan kerja DSIS ke sana.


Kestabilan Politik


Walaupun kerajaan semasa memiliki majoriti tipis di Parlimen, banyak usul yang dicadangkan DSIS mendapat sokongan dan kelulusan Dewan Rakyat. Akta Anti Lompat Parti melakar sejarah untuk membanteras huru hara politik akibat pemimpin lompat parti.  Malah, Strategis DSIS merupakan satu-satunya Perdana Menteri yang membuka keterbukaan bersama pembangkang menerusi MOU Transformasi dan Kestabilan Politik untuk membuka ruang kepada pemulihan ekonomi dan kesihatan negara berbanding kepentingan politik.


Pemerkasaan Undang-undang


Pindaan SOSMA, Akta Antigangguan Seksual dan pencapaian terbesar penggal ini bagi demokrasi ialah kelulusan Undang-undang Anti Lompat Parti, yang memberi kelegaan kepada masyarakat. Tuntutan dan hak masyarakat Sabah dan Sarawak juga mendapat perhatian apabila MA63 akhirnya diluluskan di bawah usul kerajaan. DSIS juga menjamin kebebasan institusi kehakiman untuk membuat keputusan tanpa intervensi ahli politik dari badan eksekutif.


Penambahan Peluang Pekerjaan


Kadar pengangguran di Malaysia menurun dengan radikal dari 5.5% kepada paras 4.2% dalam tempoh lapan bulan. Inisiatif Jamin Kerja juga telah membuka lebih dari 600 000 peluang pekerjaan yang lebih separuh kekosongannya sudah diisi. Projek perumahan, bantuan banjir setiap unit keluarga mencecah bantuan sehingga RM 60 000. Program digitalisasi masyarakat juga tidak diabaikan menerusi Pelan Jalinan Digital Negara dengan peruntukan sebanyak RM 28 bilion. Pada masa yang sama, era pentadbiran DSIS adalah permulaan untuk komuniti 5G Malaysia. 


Ismail Sabri Yaakob – Action speaks louder than words. Syabas Perdana Menteri!

Comments

Popular posts from this blog

Kadir Jasin, Let's Speak and Allow Bahasa Melayu to be Respectfully Understood

Ismail Sabri Score Goal Raya