Posts

Showing posts from July, 2022

Ismail Sabri Pejuang UMNO Sejati Yang Tidak Pernah Tunduk Kepada Segala Desakan Muhyiddin Dan Perikatan Nasional

Image
  Ismail Sabri Pejuang UMNO Sejati Yang Tidak Pernah Tunduk Kepada Segala Desakan Muhyiddin Dan Perikatan Nasional  Syabas Perdana Menteri yang berjiwa UMNO dan Rakyat yang tidak pernah tunduk dengan desakan politik demi menjaga kepentingan Rakyat .  Dalam pada itu , segala tuntutan , ketetapan , hasrat dan suara UMNO terus didukung oleh DSIS. Suara UMNO terus diberikan keutamaan dalam era kepimpinan Kerajaan Keluarga Malaysia.  Semua perkara yang diputuskan oleh Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada 27 Ogos 2021, telah dilaksanakan oleh Ismail Sabri . A. Mempertahankan Institusi Raja-Raja Melayu dengan menjunjung Titah mengadakan kerjasama dan permuafakatan rentas parti B. Berjaya menangani COVID-19 dan vaksinasi  C. Jawatankuasa khas telah pun ditubuhkan bagi menyiasat pendedahan buku bekas Peguam Negara, Tommy Thomas D. Menubuhkan RCI Tabung Haji E. KWSP diluluskan F. RUU Anti Lompat Parti Diluluskan  G. MoU Transformasi Bertulis Tidak Diterus...

SEMUA AHLI UMNO BANGKIT BERSAMA SOLIDARITI PERTAHANKAN YAB PM DSIS

Image
  Hari yang penuh bersejarah buat UMNO dan negara dicemarkan dengan kerakusan Perikatan Nasional merebut kuasa. Sewaktu YAB DSIS mengetuai RUU Anti Lompat Parti di Dewan Rakyat yang disokong sebulat suara, Perikatan Nasional mengeluarkan satu kenyataan yang menuntut agar politikus mereka bisa memanaskan punggung di kerusi Timbalan Perdana Menteri. Ini satu penghinaan kepada demokrasi. Di saat YAB DSIS bersungguh mahu mengangkat mandat dan kuasa rakyat, mereka hanya memikirkan mandat dan kuasa sendiri. Malah 6 daripada 11 ahli Parlimen yang tidak menghadirkan diri terdiri daripada ahli PAS dan Bersatu. Kesemua ahli Parlimen daripada UMNO menghadirkan diri, berdiri teguh di belakang YAB DSIS yang berjuang mengembalikan kestabilan kepada dunia politik tanah air melalui RUU Anti Lompat Parti. Jangan cabar Perdana Menteri kami. Jangan cabar Naib Presiden kami. Ismail Sabri orang UMNO. 3.4 juta ahli UMNO setia bersama beliau. Demi agama, bangsa dan negara. InshaAllah.

SOKONGAN SECARA TOTAL SEMUA 209 AHLI PARLIMEN TERHADAP RUU ANTI LOMPAT BUKTI KEKUATAN SEBENAR YAB PM DSIS

Image
  Alhamdullilah. Satu berita gembira buat seluruh rakyat Malaysia, akhirnya hak kita sebagai rakyat dijaga dan dibela. Lebih dua per tiga majoriti Dewan Rakyat telah menyokong RUU Anti Lompat Parti. Sebentar tadi, Parlimen Malaysia menyaksikan RUU Perlembagaan (Pindaan)(No.3) 2022 berkaitan Peruntukan Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti (Bacaan Kedua) disokong secara TOTAL iaitu sebanyak 209 orang.  Berikut adalah keputusan penuh undian : *209* menyokong *0* tidak menyokong *11* tidak hadir Keputusan : *diluluskan*  melebihi 2/3 undi majoriti yg diperlukan RUU yang telah dibentangkan sendiri oleh Perdana Menteri Ismail Sabri telah berjaya menarik dan menyakinkan seluruh isi dewan untuk menyokong usul tersebut, tidak kiralah kerajaan atau pembangkang. Itu secara tersurat, mahupun secara tersiratnya, menunjukkan bahawa PM kita sebenarnya mempunyai kekuatan dan karisma yang disegani kawan dan digeruni lawan. Kalau sesiapa yang mengikut rapat mana mana politik sesebuah nega...

Semua Pihak Perlu Bersatu Hati Luluskan RUU Anti Lompat Parti

Image
Cadangan sebuah undang-undang khusus mengharamkan ahli Parlimen dan ahli dewan undangan negeri berpindah parti telah lama dikemukakan. Cuma tiada ‘political will’ untuk meneruskan usaha ini sehinggalah Dato’ Sri Ismail Sabri mengambil alih teraju negara.  Walaupun perjanjian persefahaman (MOU) antara kerajaan PN dan blok pembangkang pada awal pembentukan kerajaan meletakkan salah satu syarat MOU itu iaitu membentang RUU Anti Lompat Parti, ia hanyalah salah satu pemangkin kepada kerajaan semasa untuk mengambil inisiatif ke arah itu. Merujuk kepada ucapan Perdana Menteri ketika membentangkan RUU tersebut, beliau menekankan pentingnya undang-undang ini untuk memastikan kestabilan politik berpanjangan dalam sesebuah kerajaan. Pengalaman pertukaran Perdana Menteri sebanyak tiga kali selepas PRU14 menunjukkan betapa serius isu lompat parti ini.  Jika tidak ditangani segera, kemungkinan kestabilan kerajaan juga akan tergugat selepas PRU 15 nanti jika kerajaan yang dipilih tidak mempu...

RUU Anti Lompat Parti Bukti Ismail Sabri Tegas Pertahankan Rakyat

Image
Akhirnya di Era pentadbiran Perdana Menteri ke-9, tiada lagi katak politik berlidah ular boleh menjual alasan 'demi rakyat' sebagai alasan menjaga periuk nasi. Sejak PRU-14, sejumlah besar 39 Ahli Parlimen lompat parti. Jelas perkara ini membawa ketidakstabilan politik dan lebih menyedihkan memberi harapan palsu kepada rakyat yang mengundi. Kontroversi besar satu ketika dahulu menyaksikan rombakan aneh Langkah Sheraton melibatkan nama besar seperti Azmin Ali, Saifuddin Abdullah dan Zuraida Kamarudin bersama 11 Ahli Parlimen Lain yang meninggalkan PKR. Jelas kerosakn ini mengganggu gugat pentadbiran negara apatah lagi ketika rakyat sedang bergelut dengan keperluan ekonomi.  Di Sabah pula, rakyat tertipu apabila 9 ADUN menyertai BERSATU sejurus keputusan PRU (Peringkat DUN) diumumukan.  16 Ahli Parlimen yang memenangi kerusi di bawah tiket UMNO juga telah beralih arah menyebabkan seolah-olah kepercayaan rakyat yang diberi kepada parti menerusi keputusan pilihanraya adalah sia-si...

Tan Sri Zuki Ali KSN Merentas Tiga Legasi

Image
Jawatan untuk mengepalai agensi atau institusi kerajaan tidak wajar menjadi matlamat politik bagi sesiapapun. Malah cubaan mengaitkan TS Zuki Ali sebagai 'orang' kepada kem politik tertentu adalah propaganda murahan dan tidak berasas. Ia memerlukan pertimbangan berasaskan pengalaman dan kepakaran individu untuk diisi, seperti Ketua Pengarah Agensi. Apatah lagi untuk jawatan Ketua Setiausaha Negara (KSN) sebagai penyelaras kepada seluruh agensi dan badan kementerian. TS Zuki Ali sudah berkhidmat bersama Jabatan Perdana Menteri sejak Disember 2011 merentas empat sosok Perdana Menteri; (DSNR, TSMY, Tun Mahathir, dan DSIS) sehingga dilantik sebagai KSN pada 2020. Sebelum itu pula beliau berkhidmat sebagai Setiausaha Sulit Kanan bagi SPB YDPA Malaysia bersama Istana Negara. Malah, pengalaman di dalam institusi awam selama 30 tahun merentas pelbagai agensi dan kementerian adalah sebab utama untuk TS Zuki Ali meneruskan perkhidmatan beliau, sebagai KSN memandangkan pengalaman beliau d...

KERAJAAN DAH LAKSANAKAN SEMUA TUNTUTAN HIMPUNAN #TURUN. NAK BISING APA LAGI?

Image
  TURUN TEMURUN MAHASISWA DITUNGGANG 1. Sekali lagi aktivisme diaibkan apabila kumpulan tidak bertanggungjawab sebegini membabi buta, menjadikan nama dan sosok mahasiswa sebagai kuda lampias nafsu politik dan anti-establishment.Kenapa “Back to the street!”? Sebab hanya yang datang dari jalan suka kembali ke jalanan. Bila kerajaan lepaskan penjelasan dan pelan tindakan, kumpulan sama juga buat dungu, akhirnya muncul permintaan yang bukan-bukan.  2. Laungan Potong Gaji Menteri ini memang kerap berbunyi dari sisi kiri Dewan Rakyat. Begitu ajaib jika potong gaji Menteri boleh mengurangkan inflasi dan menyelesaikan masalah bekalan makanan dunia. Mungkin logik tidak penting hari ini, yang penting keterlihatanlah pembangkang seolah-olah mereka bekerja, dan rakyat bersama mereka. 3. Menjadi lebih jahil bila permintaan kekalkan subsidi muncul. Kenapa perlu kekal bila Kerajaan Malaysia sudah naikkan subsidi? unjuran subsidi kepenggunaan ini meliputi petrol, diesel dan gas petroleu...

KENAIKAN INFLASI DI MALAYSIA TERKAWAL, KERAJAAN PIMPINAN DSIS BERSEDIA HADAPI SEBARANG KEMUNGKINAN

Image
1.        Walaupun ada kenaikan inflasi di Malaysia masih rendah berbanding negara-negara lain Kadar inflasi di Malaysia (3.4%) adalah lebih rendah daripada Thailand (7.7%), Filipina (6.1%), Republik Korea (6.0%) dan Indonesia (4.4%). Sementara itu, antara negara yang mencatatkan peningkatan dua digit adalah Argentina (64.0%), Sri Lanka (58.9%) dan Pakistan (21.3%).   2.        Kadar inflasi Zon Euro mencatatkan 8.6 peratus pada Jun 2022, meningkat daripada 8.1 peratus pada Mei 2022. Ini didorong oleh inflasi Tenaga (41.9%); Makanan, alkohol & tembakau (8.9%); Barangan perindustrian bukan tenaga (4.3%) dan Perkhidmatan (3.4%). Kadar inflasi di Amerika Syarikat meningkat 9.1 peratus pada Jun 2022 (Mei 2022: 8.6%).   3.        Kenaikan inflasi kali ini sudah pernah dialami Malaysia sebelum ini, malah lebih tinggi pada Januari 2016 (4.2%) dan April 2017 (4.9%). Bagaimanapun, Ke...

Kuasa dan Manusia

Image
  Kekuasaan perlu hadir dengan kemanusiaan. Kemanusiaan sang penguasa itu bukannya diukur sewaktu membina sekolah, memberikan subsidi dan mewujudkan seribu satu geran. Itu tanggungjawab mereka. Kemanusiaan sang penguasa ialah apabila mereka memilih untuk menjadi manusia kebanyakan dan bukannya pemerintah dalam satu-satu situasi. Misalnya tentang isu Mak Cik Goreng Pisang baru-baru ini. Benar, penggunaan minyak masak berpaket oleh peniaga jalanan adalah salah. Namun Ismail Sabri memilih untuk memahami situasi para peniaga dengan tidak mengenakan tindakan ke atas mereka. Ini kemanusiaan. Realitinya, peniaga jalanan tidak sesuai dikelompokkan bersama kilang-kilang besar dan restoran mewah sebagai ‘kegiatan komersil’ yang dilarang menggunakan minyak masak berpaket. Margin keuntungan mereka terlalu kecil. Pada waktu dan ketika itu, Ismail Sabri berucap bukan sebagai Perdana Menteri, namun sebagai seorang anak yang dibesarkan keluarga peniaga kecil, yang benar-benar memahami nasib golong...

Insider News: The Malaysian Government Could Lower the Cooking Oil Price

Image
1. Why Did the Price Shot Up? Recently in June, news all over the country and the world were filled with fears over the inevitable increase of cooking oil price due to the export ban from Indonesia, the Russia-Ukrainian war, and the shortage of labour all around the world.  Some of the significant reasons why the cooking oil price shot up was due to Indonesia’s export ban on Crude Palm Oil (CPO), and Ukraine’s inability to export their sunflower oil due to the Russo-Ukrainian war. Both countries were key players in the industry, with Indonesia holding approximately 60% of the CPO supply worldwide, and Ukraine being the biggest sunflower cooking oil.  2. The Market Indicators and CPO Price Going Down Recently in June, Indonesia lifted the export ban right after they increased 9% of their output. The timing of the export ban being lifted, and the impact it had towards the CPO price was apparent. Malaysia too have been able to remain steady with its CPO output. As per FitchRating...

SABAH SENTIASA MENJADI KEUTAMAAN YAB DSIS

Image
  Dalam tempoh hampir setahun di bawah kepimpinan Dato’ Sri Ismail Sabri, banyak manfaat yang dikongsi bersama Keluarga Malaysia Sabah. Berikut merupakan 9 sumbangan Perdana Menteri ke-9 kepada Negeri di Bawah Bayu sejak menjawat jawatan tersebut : 1. Meluluskan pindaan perlembagaan untuk Perjanjian Malaysia 1963 yang mengangkat martabat Sabah sebagai rakan kongsi Malaysia. 2. Memperuntukan RM3.5 billion di bawah JENDELA untuk membangunkan 534 menara telekomunikasi di Sabah. 3. Meluluskan projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah Zon Timur jajaran Sandakan-Kinabatangan-Beluran-Telupid. 4. Menaikkan amaun pemberian khas baharu kepada Sabah daripada RM26.7 juta kepada RM125.6 juta bagi 2022. 5. Melakukan kajian semula berhubung pemberian khas kepada Sabah di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan yang kali terakhir disemak pada 1969. 6. Memberikan jaminan dan ikrar untuk membawa keluar Sabah daripada kategori negeri miskin menjelang 2025. 7. Memfailkan permohonan untuk membatalkan Final...