KERAJAAN DAH LAKSANAKAN SEMUA TUNTUTAN HIMPUNAN #TURUN. NAK BISING APA LAGI?

 




TURUN TEMURUN MAHASISWA DITUNGGANG


1. Sekali lagi aktivisme diaibkan apabila kumpulan tidak bertanggungjawab sebegini membabi buta, menjadikan nama dan sosok mahasiswa sebagai kuda lampias nafsu politik dan anti-establishment.Kenapa “Back to the street!”? Sebab hanya yang datang dari jalan suka kembali ke jalanan. Bila kerajaan lepaskan penjelasan dan pelan tindakan, kumpulan sama juga buat dungu, akhirnya muncul permintaan yang bukan-bukan. 


2. Laungan Potong Gaji Menteri ini memang kerap berbunyi dari sisi kiri Dewan Rakyat. Begitu ajaib jika potong gaji Menteri boleh mengurangkan inflasi dan menyelesaikan masalah bekalan makanan dunia. Mungkin logik tidak penting hari ini, yang penting keterlihatanlah pembangkang seolah-olah mereka bekerja, dan rakyat bersama mereka.



3. Menjadi lebih jahil bila permintaan kekalkan subsidi muncul. Kenapa perlu kekal bila Kerajaan Malaysia sudah naikkan subsidi? unjuran subsidi kepenggunaan ini meliputi petrol, diesel dan gas petroleum cecair (LPG) (RM37.3 bilion); minyak masak (RM4 bilion); tepung dan elektrik bagi mengurangkan kos sara hidup rakyat, serta bil subsidi (RM9.7 bilion), tidak termasuk bantuan kebajikan lain. Subsidi tahun ini paling tinggi dalam Sejarah Malaysia (RM 77.3b), cuma strukturnya perlu diubah untuk kerajaan sesuaikan agihan untuk bantuan bersasar. Tidak waras kalau semua barangan perlu diberi subsidi. Itu bukan negara, itu syurga.


4. Harga Siling ayam sudah diletakkan Perdana Menteri, berani pula ‘mencadangkan’ agar harga siling ayam diletakkan. Tidak ada barang kawalan atau mana-mana barang pun dengan sengaja ‘tidak dikawal’ dan dibiarkan naik tanpa tindakan. Di gua mana kumpulan ini tinggal? Lebih yakin, harga siling dedak juga dicadangkan. Sebab itu bila manusia bercakap, mereka tidak sewaras dengan manusia yang bekerja. Dari mana pula wang untuk tambahan subsidi perlu diperoleh kerajaan?


5. Sebab itu namanya Mahasiswa Turun Temurun ditunggang, buta naratif dan malas membaca. Bagaimana mahu minta Bantuan Bermaruah kalau diri sendiri tiada maruah bersekongkol dengan parasit sorok batu sembunyi tangan?



6. Begitu senang petik terma ‘Bantuan Bermaruah’, dengan alasan bantuan selama ini tidak cukup. Kerajaan sudah sedia dan tingkatkan pelbagai bantuan untuk pelbagai kelompok sasaran. Mungkin tidak pernah buka laman sesawang Kementerian Kewangan. Mungkin juga tidak pernah baca Bajet Tahunan. Yang tidak cukup sebenarnya bukan bantuan, yang tidak cukup adalah maruah. Nama juga bantuan, bukannya belaan. Cukup elok bila subsidi dan bantuan tambahan di luar bajet sentiasa diperkenal kerajaan. 


7. Menteri KPDNHEP sudah turun di UM. Pengerusi Jihad Inflasi juga sudah turun di UM dan UIAM. Tetapi di mana ‘wakil’ dan ‘suara’ mahasiswa tersebut? Sebabnya, bukan isu harga, isunya sengaja mahu mengapi-apikan Gerakan politik saja. Sebab itu selepas 1 Julai, Gerakan populis ini mengambil jalan pintas kononnya mahu Menteri ambil tindakan. Polisi badan berkanun (universiti) lebih berhak dan berkesan untuk cegah peniaga ambil kesempatan. Bukan Menteri perlu hari-hari campur tangan.


8. Isu food security, sudah berbulan lamanya mendapat perhatian dan tindakan kerajaan. MAFI sudah bekerja dengan Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara (2021-2025). YAB Perdana Menteri juga berkali-kali ulang bahawa bekalan makanan di Malaysia sentiasa cukup. Apa lagi alasan puak yang sengaja mahu timbulkan kekecohan? 


9. Bila RM 5 juta dibelanjakan untuk hebahan dan program Keluarga Malaysia mendekati rakyat ramai yang mengepak melalak. Tapi bila RM369.5 juta Kerajaan Malaysia belanjakan untuk tamping subsidi harga siling ayam dan telur dikeluarkan, ‘mahasiswa’ turun ke jalanan? Rumit sungguh jiwa yang ditunggang.


10. Akhirnya yang keluar dari mulut mahasiswa jalanan;


“Pelan sekuriti makanan yang diumumkan sampai sekarang tiada pdfnya. Jika tiada pdf macam mana kita hendak tahu pelan tersebut ada,” - Wakil mahsiswa UM. “Mahasiswa sekarang terpaksa bekerja part-time. Mereka sepatutnya memfokuskan diri kepada pelajaran,” - Mahasiswa UIA.


#OhMahasiswaKu

Comments

Popular posts from this blog

Kadir Jasin, Let's Speak and Allow Bahasa Melayu to be Respectfully Understood

SETAHUN BERSAMA ISMAIL SABRI

Ismail Sabri Score Goal Raya