RUU Anti Lompat Parti Bukti Ismail Sabri Tegas Pertahankan Rakyat
Akhirnya di Era pentadbiran Perdana Menteri ke-9, tiada lagi katak politik berlidah ular boleh menjual alasan 'demi rakyat' sebagai alasan menjaga periuk nasi.
Sejak PRU-14, sejumlah besar 39 Ahli Parlimen lompat parti. Jelas perkara ini membawa ketidakstabilan politik dan lebih menyedihkan memberi harapan palsu kepada rakyat yang mengundi.
Kontroversi besar satu ketika dahulu menyaksikan rombakan aneh Langkah Sheraton melibatkan nama besar seperti Azmin Ali, Saifuddin Abdullah dan Zuraida Kamarudin bersama 11 Ahli Parlimen Lain yang meninggalkan PKR. Jelas kerosakn ini mengganggu gugat pentadbiran negara apatah lagi ketika rakyat sedang bergelut dengan keperluan ekonomi.
Di Sabah pula, rakyat tertipu apabila 9 ADUN menyertai BERSATU sejurus keputusan PRU (Peringkat DUN) diumumukan.
16 Ahli Parlimen yang memenangi kerusi di bawah tiket UMNO juga telah beralih arah menyebabkan seolah-olah kepercayaan rakyat yang diberi kepada parti menerusi keputusan pilihanraya adalah sia-sia.
Tindakan pengkhianatan ini juga berlaku tidak mengira parti. Maszlee Malik juga telah bertukar baju (BERSATU - PKR) belum sempat satu penggal PRU tamat. Xavier Jayakumar juga telah mengkhianati PKR apabila meninggalkan parti (BEBAS, Pro Kerajaan) setelah berkumandang ugutan berkenaan salahguna kuasa dan penyelewengan wang. Adakah perkara begini menyebelahi kepercayaan rakyat?
Pengkhianatan sebegini akan tamat tidak lama lagi, inilah penamat yang lama dan permulan baharu.
Akta Lompat Parti adalah kemenangan bagi rakyat. Tindakan Perdana Menteri kali ini adalah satu bentuk keterbukaan dan pertahanan yang jelas kepada sistem demokrasi dan keseluruhan rakyat.
Kita tidak mahukan lagi penipuan dan rakyat ditunggang akibat nafsu ahli politik. Terima kasih Perdana Menteri untuk ketegasan dan keberanian. Tahniah Dato' Seri Ismail Sabri!

Comments
Post a Comment