KENAIKAN INFLASI DI MALAYSIA TERKAWAL, KERAJAAN PIMPINAN DSIS BERSEDIA HADAPI SEBARANG KEMUNGKINAN
1. Walaupun
ada kenaikan inflasi di Malaysia masih rendah berbanding negara-negara lain Kadar
inflasi di Malaysia (3.4%) adalah lebih rendah daripada Thailand (7.7%),
Filipina (6.1%), Republik Korea (6.0%) dan Indonesia (4.4%). Sementara itu,
antara negara yang mencatatkan peningkatan dua digit adalah Argentina (64.0%),
Sri Lanka (58.9%) dan Pakistan (21.3%).
2. Kadar
inflasi Zon Euro mencatatkan 8.6 peratus pada Jun 2022, meningkat daripada 8.1
peratus pada Mei 2022. Ini didorong oleh inflasi Tenaga (41.9%); Makanan, alkohol
& tembakau (8.9%); Barangan perindustrian bukan tenaga (4.3%) dan Perkhidmatan
(3.4%). Kadar inflasi di Amerika Syarikat meningkat 9.1 peratus pada Jun 2022
(Mei 2022: 8.6%).
3. Kenaikan
inflasi kali ini sudah pernah dialami Malaysia sebelum ini, malah lebih tinggi pada
Januari 2016 (4.2%) dan April 2017 (4.9%). Bagaimanapun, Kerajaan tetap sentiasa
berusaha memastikan rakyat tidak terkesan khususnya dengan pemberian subsidi
RM77 bilion.
4. Jumlah
subsidi kali ini adalah paling besar di dunia, termasuk sejarah Malaysia
sendiri. Ia adalah langkah proaktif ketika dunia sedang mengalami pemulihan
dari struktur ekonomi yang terjejas akibat penularan wabak COVID-19. Tekanan
harga makanan juga berpunca dari krisis yang berlaku di negara pembekal makanan
haiwan (Ukraine-Rusia;gandum), tetapi subsidi barangan makanan masih dapat
mengawal lonjakan harga ayam di Malaysia berbanding negara lain.
5. Tiga
wilayah yang melebihi purata paras inflasi negara ialah Putrajaya, Selangor dan
Johor. Manakala Pahang, Negeri Sembilan, Kelantan, Kedah, Sabah/Labuan dan
Melaka masih berada pada tahap inflasi bawah 3%. Sektor yang menyumbang kepada
kenaikan utama (melebihi 1%) adalah makanan dan minuman, pengangkutan, serta
restoran dan hotel.
6. Bermaksud, kenaikan inflasi berdasarkan Indeks
Harga Pengguna (CPI) tidak memberi kesan kepada keseluruhan masyarakat mengikut
geografi, malah ia juga tidak melibatkan kesemua sektor industri. Perumahan,Air,
Elektrik, Gas, Bahan Api dan Komunikasi adalah antara kumpulan utama yang tidak
mengalami perubahan harga dan masih dipantau kerajaan.
7. Harga
makanan juga masih dikawal ketat kerajaan, malah seperti Wilayah Persekutuan
Putrajaya, walaupun kenaikan inflasi berlaku, harga ayam yang sedia maklum naik
juga akan ditetapkan harga siling pada takat RM 8.90 berbanding harga nasional
RM 9.40.
8. Dengan
peningkatan eksport negara perdagangan meningkat 22.9 peratus kepada RM856.21
bilion berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Eksport, katanya, naik 21.8
peratus kepada RM472.39 bilion dan import berkembang 24.3 peratus kepada
RM383.82 bilion. Lebihan dagangan berkembang sebanyak 12.1 peratus kepada
RM88.57 bilion. Angka ini antara strategi
untuk meningkatkan aliran masuk wang ke dalam negara sekaligus membantu keupayaan
beli masyarakat melalui subsidi serta pendapatan syarikat dan individu.
9. Buktinya,
peningkatan 5.1 peratus dalam indeks volum perdagangan runcit disebabkan oleh
jualan runcit bukan kedai, 26.3 peratus, diikuti oleh jualan runcit kedai bukan
khusus (11.1 peratus), jualan runcit bahan api automotif di kedai khusus (11.0
peratus), dan jualan makanan, minuman dan tembakau, 6.6 peratus telah
direkodkan. Ini juga memberi makna bahawa keupayaan berbelanja masyarakat masih
berada pada tahap yang ‘sihat’.
10. Kerajaan
Malaysia mempunyai mekanisma kawalan terhadap peningkatan kos sara hidup dan suntikan
untuk meningkatkan keupayaan beli pengguna. Bantuan langsung kepada rakyat dan
industri turut diagihkan untuk mengurangkan Inflasi Aruhan Kos yang berlaku di
seluruh dunia pada waktu ini.

Comments
Post a Comment