PH GAGAL MENYELESAIKAN ISU TOL, ISMAIL SABRI JADI PENYELAMAT
Hakikat terulung yang perlu dipelajari semua orang dari manifesto bukan kitab suci ialah – penghapusan tol yang dijanjikan Pakatan Harapan adalah satu perkara di luar tabie. Sama sahaja seperti janji bulan dan bintang mereka kumpulan itu seperti penghapusan hutang PTPTN. Mana mungkin penghapusan trak kewangan begitu mudah untuk dijalankan tanpa melibatkan pampasan.
Akhirnya, sekalipun kerajaan mampu, belanjawan rakyat juga yang mendapat tempias. Entah siapa punya idea geliga melakar janji dan membintangi harapan. Ternyata PH telah gagal sebelum tempoh 100 hari walaupun penyokongnya meratib kalimat 22 bulan bukan masa yang mencukupi.
Selepas YAB PM Ismail Sabri mengambil alih tampuk pemerintahan negara pada tahun lalu, penilaian telah dikaji untuk memikirkan apakah jalan sesuai yang boleh memanfaatkan rakyat. Misalnya pada 2020, kadar tol lebuhraya PLUS dikurangkan sehingga 18% tetapi konsesinya dipanjangkan lagi di samping pampasan yang dikeluarkan oleh kerajaan untuk membiaya kerugian syarikat.
Bermaksud, rakyat perlu membayar caj yang rendah tetapi memakan masa yang lebih lama, walaupun kerajaan memberi pampasan kepada lebuhraya terbabit.
Cadangan mewujudkan Amanat Lebuhraya Malaysia (ALM) untuk memiliki konsesi lebuhraya memberi jalan baharu kepada negara. Kerajaan tidak perlu mengeluarkan sebarang wang atau jaminan dan kadar tol tidak akan dinaikkan sehingga konsesi berakhir. Resolusi yang disahkan pada November lalu akhirnya membuahkan hasil usai YAB DSIS mengumumkan tiada kenaikan caj tol di empat lebuhraya di Lembah Klang iaitu; KESAS, SMART, LDP dan SPRINT.
Bagaimanakah penstrukturan ini dijalankan? Melalui pemilikan syarikat lebuhraya oleh Amanat Lebuhraya Berhad, lebuhraya yang disenaraikan tidak akan lagi berorientasikan keuntungan, sebaliknya, ia akan menjadi satu perkhidmatan buat rakyat. Pemegang syer di dalam lebuhraya tidak lagi akan diberikan bayaran dividen berdasarkan keuntungan. Penyusunan ini akan membolehkan lebuhraya berfungsi sebagai sebuah perkhidmatan berbanding menekan pengguna dengan caj tol yang tinggi ketika kenaikan kos sara hidup semakin dirasai rakyat.
Pada masa akan datang, ALM akan muncul dengan penstrukturan tambahan agar lebih banyak lebuhraya tidak lagi menaikkan caj tol, untuk menjadikan system lebuhraya di Malaysia sebagai satu perkhidmatan mesra rakyat.
Malang sekali, Saudara Lim Guan Eng muncul semalam dengan menyatakan bahawa cadangan penstrukturan lebuhraya adalah idea PH. Ditambah lagi dengan idea sulit dengan menjanjikan bahawa PH juga telah merancang mengenai pemberian diskaun sebanyak 30% dan tol percuma selama 16 jam sehari di empat lebuhraya terbabit. Satu lagi idea aneh tanpa kajian, luar tabi’i dan populis dari PH.
Sebelum ini, YAB PM sudah menyuarakan kepentingan hak pengguna untuk mempunyai pilihan di dalam pelaksanaan RFID. Selepas kegagalan PH untuk menunaikan janji malah menguruskan tadbir niaga antara syarikat swasta dan awam, DSIS kembali untuk menyelesaikan kemelut panjang tersebut. Malah, kalua mahu diambil kira legasi, penstrukturan tol bukannya dasar Pakatan Harapan (PH), sebaliknya ia inisiatif yang sudah dimulakan sejak 2002 (di bawah Barisan Nasional) dalam usaha berterusan kerajaan untuk mengurangkan beban rakyat.
Pada Februari 2022, DSIS sekali lagi menjuarai keperluan rakyat dalam rundingan bersama Brunei untuk kesalinghubungan pengangkutan darat melalui fasa akhir Projek Lebuhraya TRANS BORNEO untuk Sabah Zon Timur.
Buat PH, janganlah ‘claim credit’ sebegitu rupa. Kenang kembali betapa mudah untuk menjadi pembangkang, hanya bergendang dengan janji bulan dan bintang. Bila sampai masa untuk kalian mengotakan janji, manifesto bukan lagi kitab suci. Kalian telah gagal. Belajarlah dari mereka yang boleh memimpin tanpa perlu menabur peluru dan mencaci maki. Teliti keupayaan dan kemampuan terlebih dahulu. Terima kasih Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof atas usaha Tuan. Terima kasih Dato’ Seri Ismail Sabri kerana menjadi penyelamat hak rakyat. Rakyat sudah tahu dan boleh menilai siapa yang berkerja dan berkhidmat atau sebaliknya.

Comments
Post a Comment