YAB PM ISMAIL SABRI CAKNA KEPERLUAN DUA JUTA PENJAWAT AWAM
Peruntukan sebesar RM 923 juta telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri bagi penjawat awam dan pesara kerajaan pada 5 April lalu.
Bagi penjawat awam, ia termasuk pemberian kepada kepada kakitangan di bawah skim kontrak perkhidmatan dan Kontrak atas Perkhidmatan serta pegawai atas lantikan di bawah program MySTEP.
Pengumuman pemberian Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri pada tahun ini dibuat lebih awal atas keprihatinan kerajaan supaya kakitangan awam dapat membuat perancangan awal dan persiapan bagi menyambut Aidilfitri. Bayaran akan dikreditkan kepada akaun penerima pada 25 April 2022.
Sekiranya pasangan suami isteri kedua-duanya berkhidmat untuk perkhidmatan awam, isi rumah tersebut akan mendapat RM 1000 sebagai persiapan Aidilfitri.
Peruntukan besar ini berskala 23 kali ganda lebih besar berbanding pengumuman Kerajaan Negeri Selangor (RM 39.15 juta) walaupun amaun yang diumumkan berbunyi gah pada satu bulan gaji. Di Kedah pula, sebanyak RM 5.35 juta diumumkan oleh MB Sanusi Md Nor.
Dengan pertambahan bilangan penjawat awam saban tahun, termasuk skim kontrak dan MySTEP, peruntukan 2022 sudah pastinya lebih besar berbanding tahun 2021 sebelum DSIS menerima lantikan sebagai Perdana Menteri.
Kerajaan pimpinan DSIS cekap menguruskan kewangan untuk menjaga kebajikan masyarakat untuk mengimbangi keperluan penjawat awam seluruh negara tidak kira status kemajuan mana-mana negeri sekalipun. Semoga Malaysia terus cemerlang di bawah teraju YAB DS Ismail Sabri Yaakob.
#KeluargaMalaysia #KerajaanBersamaRakyat #TeamDSIS

Comments
Post a Comment