ISMAIL SABRI MATERIAL PERDANA MENTERI TERBAIK DAN LUAR BIASA




Bermula 20 Ogos 2021, seorang Ketua Pembangkang diangkat menjadi Perdana Menteri. Pelbagai kritikan diberikan kepada beliau di saat getir negara memerlukan peneraju untuk membebaskan Malaysia dari kemelut ekonomi dan bangkit semula dari bencana kesihatan.


Bagaimanapun, YAB Perdana Menteri buktikan kekuatan beliau dengan cara tersendiri. Di dalam konflik kestabilan politik, Ismail Sabri  hadir sebagai penawar. Buat kali pertama dalam sejarah politik negara, sebuah kerajaan berjaya membentuk pakatan bersama pembangkang untuk membanteras kelesuan politik masyarakat. Tiada lagi Perdana Menteri sebelum ini yang berjaya menundukkan Pembangkang untuk terus memberi laluan kepada beliau menguruskan pentadbiran negara. 


Kekuatan diplomasi Ismail Sabri membolehkan beliau untuk mengepalai sebuah kerajaan yang bercampur ideologi. Dalam waktu yang berlalu sarat dengan pelbagai tekanan, beliau matang mengawal politik tanpa perlu menjatuhkan sekalipun mengaibkan mana-mana individu. Politik beliau bersih tanpa cercaan dan makian.


Kedudukan Ismail Sabri diterima kawan dan kawan . Disebabkan tolak ansur dengan pemimpin pelbagai parti, kestabilan dapat dikecapi. 


Perhimpunan Agung UMNO yang lalu menjadi kemuncak penghargaan parti UMNO kepada Ismail Sabri. Pelbagai lapisan pemimpin semakin percaya kepada ketokohan beliau sebagai seorang Perdana Menteri acuan UMNO. Gaya orator Ismail Sabri juga memukau warga UMNO. 


Sebelum pembukaan ekonomi pada 1 April 2022, Ismail Sabri ternyata seorang strategis di medan perang yang belum diteroka mana-mana pemimpin. Indonesia, Kemboja, Vietnam, Thailand, sehingga ke timur tengah, rantau ASEAN dan antarabangsa semuanya kenal dan iktiraf siapa Perdana Menteri Malaysia. Jika tidak, masakan mungkin pelaburan berimpak tinggi berjaya untuk diikat beliau. Jika Ismail Sabri bukan tokohnya, tak akan dijemput beliau untuk berdiskusi semeja dalam pelbagai pertemuan empat mata serata dunia. 


Baru-baru ini dalam lawatan rasmi ke UAE,   beliau dijemput menghadiri World Government Summit-WGS di Dubai. Ismail Sabri juga telah mengadakan perjumpaan dengan Naib Presiden dan Perdana Menteri UAE Yang Mulia  Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum. Inilah tanda Ismail Sabri diiktiraf di peringkat antarabangsa. 


Seorang Perdana Menteri juga mempunyai agenda eksklusif tersendiri. Ismail Sabri tegap dengan agenda pemerkasaan Bahasa Melayu sehingga menggegarkan 300 juta penduduk Indonesia Raya. Siapa yang terfikir untuk mengangkat perjuangan ini kalau bukan beliau ketuanya? Tidaklah muncul pahlawan papan kekunci dan akademia berdiskusi betapa Bahasa Melayu adalah jauh lebih cemerlang dan layak untuk dimartabatkan berbanding sebuah bahasa yang disandarkan namanya pada negara. 


Hanya anak jantan berani satu kepala berlawan rasaksa sebesar 30 kali ganda. Ramai ilmuwan dan sasterawan muncul waktu ini untuk memberikan sokongan kepada beliau. Ini bukan percaturan politik. Ini sebuah keikhlasan jiwa. 


Ismail Sabri ada material Perdana Menteri. Keperibadian beliau tidak perlu disyaratkan kepada petah bicara atau gah pada nama mahupun angka. Kesungguhan menjadi Perdana Menteri jelas terpamer melalui hasil kerja dan kesibukan beliau menguruskan negara tanpa mengira penat lelah merentas beribu batu. Itulah Perdana Menteri kita, individu yang menjaga integriti, tanpa menyairkan kontroversi. 


Kini sudah hampir setahun menggalas jawatan selaku orang no 1 Negara, "PM Material" pada Ismail Sabri semakin terserlah. Tidak keterlaluan jika penulis gambarkan, beliau telah memberikan definisi baharu bagi seorang Perdana Menteri yang berkarakter. Moga Allah pelihara.

Comments

Popular posts from this blog

Kadir Jasin, Let's Speak and Allow Bahasa Melayu to be Respectfully Understood

SETAHUN BERSAMA ISMAIL SABRI

Ismail Sabri Score Goal Raya