CURAHAN EKONOMI ISMAIL SABRI UNTUK KEGEMBIRAAN RAKYAT








Kita sebagai rakyat Malaysia perlu bersyukur di bawah kepimpinan  YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob. Pengumuman demi pengumuman yang dicurahkan mendapat perhatian warganet. Curahan ekonomi ini memberi satu mesej yang jelas bahawa betapa keprihatinan YAB DSIS terhadap nasib rakyat adalah tidak berbelah bagi. 


Perkara pertama yang perlu untuk kita syukuri adalah pengumuman pengeluaran khas KWSP RM 10 000 dalam Perhimpunan Agung UMNO yang lalu. Pengumuman ini adalah empati beliau kepada masalah ekonomi rakyat. Pun begitu, setiap tohmahan dan kecaman netizen tidak menggangu prestasi beliau kerana DSIS tahu pengumuman ini adalah pada waktu yang tepat dan sewajarnya. Setelah pembukaan ekonomi secara keseluruhan diumumkan pada 1 April 2022.


Perkara kedua yang perlu untuk kita syukuri, adalah Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang terdahulu diumumkan untuk memberi pacuan ekonomi kepada rakyat jelata. Sama ada dari golongan B40 atau M50, bantuan ini khusus untuk mendepani era pasca pandemik dan ketidakstabilan ekonomi. Siri bantuan juga tidak pernah terhenti terutamanya ketika banjir besar melanda pantai timur dan Lembah Klang penghujung Disember lalu.


Perkara ketiga yang perlu untuk kita syukuri adalah bonus penjawat awam Bantuan Khas Aidilfitri yang bernilai RM 500 keapda setiap penjawat awam yang layak melibatkan sehingga RM 1000 sekiranya pasangan suami isteri dalam isi rumah. Nilai ini akan menambah ceria di pagi Syawal nanti. 


Tidak cukup dengan itu, pada tanggal 25 April 2022, Kerajaan Keluarga Malaysia mengumumkan tol percuma untuk kesemua lebuhraya utama. Pengumuman ini memberi manfaat kepada lebih 8 juta kenderaan dan menelan belanja sehingga jutaan ringgit. Ditambah lagi, bagi mereka yang menetap di bandar, pengurangan tol sebanyak 30% hingga 50% pada lebuhraya-lebuhraya yang menjadi tumpuan perjalanan di dalam kawasan bandar. 




Ini adalah bonus tambahan kepada masyarakat tatkala tiada kenaikan harga tol telah diumumkan sebelum ini bagi empat lebuhraya utama di Malaysia. Rancanglah perjalanan kalian sebaiknya. 


Perkara kelima yang perlu untuk kita syukuri, adalah kebebasan di dalam bulan ramadan bagi pejuang-pejuang niaga berjual beli dan berurus niaga. Perkara ini tidak dapat dilakukan pada Ramadan yang lalu. Jikalau berkesempatan, berkunjunglah ke Jalan Tunku Abdul Rahman, bazar-bazar hari raya dan curahkanlah semula wang bantuan kepada peniaga-peniaga ini sekiranya anda berhasrat untuk mendapatkan barangan keperluan menyambut perayaan.


Maka, kita perlu untuk mengucapkan rasa syukur dan mengucapkan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Ismail Sabri. Raya tahun ini pastinya lebih bermakna. 

Comments

Popular posts from this blog

Kadir Jasin, Let's Speak and Allow Bahasa Melayu to be Respectfully Understood

SETAHUN BERSAMA ISMAIL SABRI

Ismail Sabri Score Goal Raya