PENGHARGAAN BUAT PRESIDEN DAN MKT UMNO KERANA BUAT KEPUTUSAN DEMI KEPENTINGAN RAKYAT DAN NEGARA.



Sebuah politik yang matang hanya akan teruji apabila berlakunya sebuah krisis atau kemelut yang boleh membawa kepada keruntuhan. "Politik Matang" adalah politik yang dinilai berdasarkan solusi akhir yang akhirnya memberi manfaat kepada rakyat. Rencah inilah yang berperanan besar dalam memaknakan politik yang matang di samping menentukan hala tuju negara sekaligus diletakkan sebagai keutamaan untuk memelihara kepentingan rakyat dan negara.


Untuk memaksimumkan keberkesanan kerajaan dalam mendukung kepentingan rakyat dan negara pada ketika ini dan pada masa yang akan datang, Presiden dan MKT UMNO telah bersepakat untuk menjadikan Perdana Menteri ke 9, Datuk Seri Ismail Sabri sebagai calon Perdana Menteri bagi PRU-15.


Pimpinan Dato Seri Presiden Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Presiden Dato Seri Mat Hasan dan semua Ahli MKT melakukan keputusan yang tepat pada masanya, sesuai dengan calonnya dan penting untuk mengelakkan sebarang pergeseran atau konflik dalaman yang akan menjejaskan kepentingan rakyat dan negara.


Setinggi tinggi penghargaan perlu diberikan kepada Presiden dan MKT UMNO atas keputusan yang diambil kerana keputusan ini mencerminkan bahawa kepentingan rakyat dan negara yang diletakkan sebagai prioriti berbanding kehendak peribadi.


Ucapan Tahniah juga ditujukan kepada YAB PM di atas pencalonan yang dipersetujui oleh Presiden dan MKT UMNO.


Keputusan ini telah membawa UMNO berlabuh di alur yang tenang dalam mengemudi negara untuk menjunjung kepentingan rakyat terutama sekali dalam menghadapi PRU yang akan datang.

Comments

Popular posts from this blog

Kadir Jasin, Let's Speak and Allow Bahasa Melayu to be Respectfully Understood

SETAHUN BERSAMA ISMAIL SABRI

Ismail Sabri Score Goal Raya