ISMAIL SABRI BALIK KAMPUNG
Kemeriahan Syawal kali ini betul-betul dirasai seluruh Keluarga Malaysia. Perdana Menteri pun tak ketinggalan beraya bersama keluarga dan sanak-saudara di kampung halaman.
Setelah bertahun lamanya aidilfitri tidak dirai, kini masanya menjalin silaturahim bersama yang tersayang. Berkongsi cerita dan cita-cita, berkongsi kesyukuran dan rezeki.
Ini masa untuk kemaskini data keluarga, merapatkan yang renggang selepas dipisahkan dengan masa, terutama anak-anak kecil yang membesar dalam era pandemik. DSIS tak ketinggalan luangkan minggu pertama Syawal ini untuk berkunjung ke rumah saudara mara di Pahang. Itulah keseronokan hari raya.
Yang pulang ke kampung bertemu ibu dan bapa, jangan lupa sampul raya untuk mereka. Pak Long Mail pun dapat sampul raya dari anakanda Nashriq!
Pak Long Mail juga sama seperti kita, punya keluarga dan saudara mara yang merindui masa bersama di sebalik kesibukan menguruskan negara. Benarlah raya ini untuk semua tidak memilih pangkat dan darjat. Semuanya merindui waktu ini, dan kenangan ini akan berlalu sebagai sesuatu yang terlalu bermakna buat kita.
Semoga istimewanya Syawal kali ini menjadi kenangan termanis buat DSIS dan seluruh rakyat Malaysia. Tidaklah semua ini dapat dinikmati tanpa pengurusan yang cekap oleh Kerajaan Malaysia dan kerjasama serta disiplin seluruh Keluarga Malaysia.
Luangkanlah masa bersama keluarga tersayang. Minggu hadapan jangan lupa kita beraya dengan Pak Long pula di Seri Perdana!

Comments
Post a Comment