ISMAIL SABRI PERDANA MENTERI PERTAMA DI ANUGERAH DOKTOR KEHORMAT OLEH UNIVERSITI NIHON


1. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail telah menerima Ijazah Kehormat Doktor Perubatan daripada Universiti Nihon. Universiti Nihon merupakan Universiti swasta tertua dan terbaik di Jepun. Beliau dianugerahkan ijazah kehormat tersebut untuk mengiktiraf usaha beliau untuk memerangi Covid-19.


2. Pengiktirafan sebegini merupakan satu penghargaan institut akademik untuk menghargai sumbangan dan jasa individu dalam sesuatu bidang. Dan perkara ini merupakan suatu amalan biasa di Jepun. Contohnya Universiti Keio yang pernah memberi Ijazah Kehormat kepada Ijazah Kehormat Media dan Pentadbiran kepada Richard L Armitage, Mantan Timbalan Setiausaha AS dan Susilo Bambang, Presiden Indonesia.


3. Datuk Seri Ismail Sabri memainkan peranan yang sangat besar dalam meminimumkan impak Covid-19 di Malaysia. Beliau sangat bijak mengatur langkah dan strategi daripada beliau memegang portfolio Menteri Kanan Pertahanan Kluster Keselamatan sehingga lah menjadi Perdana Menteri di Malaysia. Antara strategi terbaik beliau yang wajar dipuli adalah beliau akan sentiasa menyediakan rakyat Malaysia untuk hidup dalam norma baharu.


4. Ini berbeza dengan strategi atau pelan pemimpin sesetengah negara. Ada sesetengah negara yang sentiasa ingin memastikan tiada langsung kes Covid-19 dalam negara dan sanggup untuk memanjangkan kawalan pergerakan. Tapi PM kita sedar yang ekonomi kita akan menjadi sangat terjejas dengan pendekatan sebegitu. Dan ada sesetengah negara yang sangat memberikan kelonggaran kepada rakyatnya. Pedekatan ini juga tidak pakai oleh PM sebab peningkatan kes secara mendadak akan membebankan sektor kesihatan kita.


5. Strategi dan pendekatan DSIS sentiasa berlandaskan sains, bukannya bersikap populis dan sentimen rakyat. Buktinya, beliau berani untuk melakukan kawalan pergerakan ketika perayaan demi memastikan kes Covid-19 dapat dikawal. Akhirnya berkat kesabaran rakyat dan ketegasan DSIS, kita sudah boleh beraya dengan penuh meriah untuk raya tahun ini.


6. Kita juga dapat lihat bagaimana DSIS sentiasa mengikut rapat SOP daripada WHO. Contohnya kuarantin wajib bagi pesakit covid, kontak rapat ataupun pengembara . Cadangan berapa hari diwajibkan untuk kuarantin kita sentiasa berubah berdasarkan kajian semasa yang sentiasa mengkaji kadar kebolehjangkitan dan “viral load” virus tersebut, bukannya berdasarkan logik semata mata.


7. Tindakan beliau untuk mewajibkan “MySejahtera” juga sangat bijak. Kerana beliau sedar, Covid-19 ini tersebar apabila berlakunya Kontak. Sebab itu lah, kontak rapat perlu dikesan secepat mungkin untuk mengelakkan virus tersebar dalam komuniti.


8. Dan antara usaha terbaik adalah program imunisasi kita. Beliau sedar jalan untuk kita keluar daripada belengu pandemik ini hanyalah vaksin. Sebab itu kadar vaksin kita sangat boleh dipuji. Kita berjaya untuk mencapai imuniti kelompok, kadar peratus vaksin lengkap kita lebih tinggi daripada negara jiran kita. Peratus vaksin lengkap kita adalah 83.4% sedangkan Thailand 74.7 dan Indonesia 61.0%. Malah kita lebih tinggi daripada United Kingdom, 74.2 % dan Amerika Syarikat, 83.4%. 


9. Malah tindakan pantas beliau untuk mewajibkan booster juga membuatkan gelombang Omicron kita tidak seteruk negara lain. Sebab itu lah kita sekarang sudah berjaya melandaikan kes covid-19 kita. Purata kes kita sudah berada di bawah 2000 kes selama hampir 5 minggu. Kadar kematian juga sangat rendah, purata kematian kita juga rendah iaitu 4 kematian sehari.


10. Oleh sebab kebijaksanaan negara menangani Covid-19, kita telah diiktirah oleh berapa agensi antarabangsa contohnya Nikkei dan Bloomberg. Menurut Nikkei pada Januari 2022, kita berada di tangga ke-13 dalam 122 buah negara tertinggi di Asean dalam Indeks Pemulihan Covid-19. Indeks ini mengambil kira aspek pengurusan jangkitan, perlaksaan pemberian vaksin dan mobiliti sosial. 


11. Oleh itu, sudah terbukti dimana DSIS layak untuk menerima penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Perubatan ini. Tindakan dan pendekatan beliau sangat bijak dan berlandaskan sains perubatan. Kami, Keluarga Malaysia berasa amat bangga dengan pencapaian DSIS yang sangat mengagumkan. Akhir kata, 


Tahniah dan Syabas Datuk Seri

Comments

Popular posts from this blog

Kadir Jasin, Let's Speak and Allow Bahasa Melayu to be Respectfully Understood

SETAHUN BERSAMA ISMAIL SABRI

Ismail Sabri Score Goal Raya