RAKYAT BERSAMA YAB PM DSIS SEDIA LAWAN KARTEL AP IMPORT MAKANAN
Rakyat harus bertenang seketika, ini adalah hasil tidak balas taikun terhadap langkah berani YAB Perdana Menteri menamatkan serta merta AP makanan. Permit Import ini sudah berpuluh tahun digunapakai dalam mengimport makanan dari luar negara termasuk ayam, daging dan sayuran.
Sebelum ini, kartel ayam tidak berpuas hati kerana PM Ismail Sabri sudah meletakkan harga syiling kepada harga ayam supaya tidak membebani rakyat.
Menurut sumber dalaman industri, terdapat sekumpulan kartel industri ternakan ayam didakwa merancang menutup ladang ternakan untuk mengurangkan bekalan ayam dalam negara.
Penutupan ini bukan sahaja bakal meningkatkan harga ayam di pasaran manakala pengguna pula perlu berebut untuk mendapatkan bekalan yang dicatu oleh mereka malah turut menjejaskan operasi perniagaan pembekal.
Sebelum ini, terdapat pendedahan mengenai wujudnya kumpulan kartel yang mengawal harga pasaran ayam dengan menggunakan persatuan sebagai kaedah penyamaran perbuatan mereka.
Pembekal terpaksa mengikut kenaikan harga dari ladang menyebabkan penjual juga terpaksa jual dengan harga yang tinggi kepada pengguna walaupun antara tiga komponen itu sudah melebihi harga kawalan.
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, rantaian ini perlu dikuasai Nafas supaya tiada pihak mengambil kesempatan sehingga mengugut kerajaan.
"Kita tidak boleh membiarkan kerajaan diugut pengeluar ayam sebab itu kita minta Nafas bantu kerajaan supaya pasaran ayam dapat dikuasai dan tiada lagi ugutan"
"Saya tidak nampak kenapa Nafas tidak boleh berjaya (menguasai industri ternakan ayam) kerana mempunyai sejuta ahli.
"Kalau ahli Nafas terbabit dalam penternakan ayam tiada sebab lagi isu ayam tidak boleh diselesaikan," katanya.
Malah, Nafas juga boleh memohon subsidi harga ayam yang diberikan kerajaan berjumlah RM700 juta bagi memastikan harga ayam tidak naik di pasaran.
Oleh demikian, satu mesyuarat Kabinet akan diadakan bagi membincangkan dua isu utama berhubung peningkatan kos sara hidup dan bekalan ayam.
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah meminta agar mesyuarat itu dipercepatkan supaya kedua-dua isu tersebut dapat ditangani segera.
Kerajaan turut meminta Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk membentangkan perancangan bagi mengimbangi perkara tersebut.
Walaubagaimana pun, Ismail Sabri adalah satu-satunya Perdana Menteri yang berani menghapuskan permit import makanan. Ini adalah satu usaha besar untuk merubah konsep monopoli oleh kartel makanan.
Rakyat hanya harus bertenang. Kita harus memberi masa kepada Kerajaan untuk menangani tidak balas pihak kartel ini. Insyallah, berilah sedikit masa insyallah kerajaan mampu menyelesaikan isu bekalan ayam di negara kita.
Lihatlah ia satu peluang, sesiapa sahaja mampu membekalkan ayam di pasaran selepas ini.
Tahniah Ismail Sabri.

Comments
Post a Comment