SIMPOSIUM PENGANTARABANGSAAN BAHASA MELAYU DAN DEBAT TERBUKA KELUARGA MALAYSIA PETANDA KEJAYAAN YAB PM ISMAIL SABRI
Ismail Sabri berjaya menjadi satu contoh terbaik kepada semua kepimpinan pelbagai peringkat yang mengutamakan bahasa Melayu.
Sejarah ‘The Malay Archeopilago’ telah membuktikan bahasa Melayu merupakan bahasa yang dipertuturkan dalam ratusan tahun yang lalu di kepulauan melayu ini dengan menggunakan resam tulisan jawi dalam aktiviti bahasa, budaya, agama, pendidikan, pentadbiran dan aktiviti ekonomi.
Sehubungan itu , Debat Terbuka Keluarga Malaysia dianjurkan di Dewan Bahasa dan Pustaka seiring dengan hasrat dan aspirasi Perdana Menteri Malaysia untuk memartabatkan Bahasa Melayu.
Debat ini adalah lambang kejayaan Ismail Sabri dalam perjuangan memperkasakan bahasa Melayu. Hal ini disebabkan , debat ini turut dihadiri oleh pelbagai lapisan masyarakat dan rakyat keluarga Malaysia. Bangsa Melayu , Cina dan India semua bersatu dalam mengambil bahagian dalam konsep debat yang begitu bermakna ini. Terdapat juga rakyat asing dari Russia turut berpidato dalam bahasa Melayu sempenana program Debat Terbuka Malaysia.
Pelbagai lapisan masyarakat yang terdiri daripada ahli politik , usahawan , peguam , guru dan pelbagai lagi turut serta dalam progam kali ini.
Kepelbagaian ini melambangkan keagungan bahasa Melayu yang diraikan oleh setiap lapisan keluarga Malaysia.
Oleh itu , penganjuran debat kali ini hanyalah lambang aspirasi kejayaan Ismail Sabri untuk memperkasakan bahasa Ibunda kita disamping menyatupadukan keseluruhanan keluarga Malaysia.
Debat terbuka Keluarga malaysia berjaya menterjemahkan kejayaan Aspirasi pemerkasaan bangsa Ismail Sabri

Comments
Post a Comment