MALAYSIA PERLUKAN KEPIMPINAN EKONOMI KELUARGA MALAYSIA DSIS
Apakah perbezaan falsafah ekonomi Ismail Sabri berbanding pemimpin lain? Jika ada yang dikatakan sebagai seorang yang berfakta , ada juga pula dengan retoriknya maka Ismail Sabri ulung dengan pelaksanaannya.
1.0 Isu Percukaian
GST, SST. Dalam cukai GST rakyat yang akhirnya tetap perlu membayar cukai tersebut sebagai pengguna.
Ismail Sabri pula memilih memperoleh cukai pendapatan daripada syarikat yang memiliki pendapatan melebihi RM 100 juta melalui CUKAI MAKMUR yang dijangka akan memperoleh sebanyak RM 8.5 Billion.
Cukai Makmur vs GST vs SST
Inilah beza kepimpinan yang cukai syarikat korporat kaya berbanding cukai yang perlu dibayar oleh rakyat. Bezanya adalah cukai orang kaya bagi orang miskin ( Cukai Makmur ) berbanding cukai orang miskin dan bagi orang miskin kembali ( GST & SST ) .
Dalam isu ini juga Ismail Sabri sudah membuktikkan tidak perlu cukai yang membebankan rakyat untuk menyalurkan bantuan direct payment cash kepada rakyat. Hal ini disebabkan , melalui cukai makmur daripada syarikat berbillion ringgit sudah cukup untuk melaksanakan Bantuan Keluarga Malaysia sebanyak RM8.2 bilion.
Oleh sebab itu , Ismail Sabri adalah Robinhood yang sebenar iaitu dalam analogi rompak daripada yang kaya dan bagi kepada yang miskin dan bukan sebaliknya. Kalau rompak dari yang mskin dan bagi kembali kepada yang miskin maka apa maknanya ?
2.0 BKM vs BRIM vs BPR
Bantuan tunai tertinggi iaitu sebanyak RM2,000 bagi 9.6 juta rakyat Malaysia untuk mengurangkan bebanan rakyat yang terkesan dengan pandemik COVID-19 berbanding dengan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) hanya memperuntukkan sebanyak RM1,800. Bantuan BRIM tertinggi pula hanya pada kadar RM 1000 sahaja dalam satu tempoh.
3.0 Kestabilan Politik
Ismail Sabri merupakan satu - satunya Perdana Menteri Malaysia yang dapat bekerjasama dengan pelbagai pihak. Beliau disayangi kawan dan turut disokongi lawan. Erti kestabilan politik tidak hanya bermakna sesuatu parti politik itu menang dan mentadbir dengan majoriti besar.
Apa maknanya menang besar tetapi hampir setiap hari diserang oleh pembangkang ?
Adakah politik itu stabil?
Adakah kita sudah lupa sejarah kemenangan BN terbesar pada zaman Pak Lah namun adakah politik stabil pada ketika itu?
Demonstrasi demi demonstrasi sehingga keamanan negara tidak pernah aman dan harmoni pada ketika itu. Falsafah politik Ismail Sabri untuk berbaik dan berdiplomasi dengan semua pihak bukti formula kestabilan politik yang terbaik.
4.0 Isu Kek
Ada pemimpin lebih fokus kepada untuk memperbesarkan saiz kek dan ada pula lebih fokus kepada Siapa yang menguruskan pembahagian kek. Namun begitu , fokus Ismail Sabri adalah kepada mereka yang tidak mampu untuk makan kek.
Ramai asyik berbicara tentang jurang kekayaan dan kemiskinan yang semakin melebar sedangkan mereka perlu diberi peluang untuk menjadi Menteri Kewangan Negara Malaysia suatu ketika dahulu.
Keadaan ini hanya menandakan segala dasar , polisi dan falsafah mereka gagal membawa hasil. Ismail Sabri pula merupakan Perdana Menteri Malaysia pertama yang betul - betul fokus kepada soal kemiskinan rakyat. Beliau sering mengatakan asal usul dirinya yang datang dari keluarga penoreh getah dan miskin.
Oleh sebab itu , beliau sendiri berstatus sebagai PM akan mengetuai sendiri inisiatif Pembasmian Kemiskinan oleh kerajaan melalui penubuhan Unit Kemiskinan yang diwujudkan di peringkat pusat, negeri dan daerah yang tidak pernah dilakukan oleh orang lain ketika mereka berkuasa.
5.0 Dasar Kemiskinan
Polisi membasmi kemiskinan Ismail Sabri tidak berbicara tentang soal kaum seperti mana yang ditekankan oleh pemimpin lain. Beliau fokus kepada kawasan tidak kira apa kaum sekalipun. Dasar kemiskinan Ismail Sabri berpaksikan kepada kemajuan dan pembangunan luar bandar di serata Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
Inilah beza orang yang benar - benar asal usulnya miskin dalam membantu golongan bawahan berbanding dengan golongan bangsawan yang berbicara tentang Isu kemiskinan.
6.0 Petronas
Pakatan Harapan ada banyak sejarah yang menggunakan sumber kekayaan Petronas untuk menampung pelbagai projek dan dasar kerajaan berbillion ringgit. Pada PAU UMNO yang baharu lepas pula , Ismail Sabri memberi jaminan bahawa kerajaan yang dipimpinnya tidak akan membenarkan penjarahan wang milik Petroleum Nasional Berhad (Petronas) sewenang-wenangnya seperti dahulu.
Cara Ismail Sabri Menggunakan Wang Petronas
Kepimpinan negara sering menggunakan Petronas untuk bailout syarikat berbillion billion ringgit. Ismail Sabri pula menggunakan dana Petronas untuk melancarkan Education Tour di 50 kawasan seluruh Malaysia untuk memberi peluang kedua kepada pelajar yang mahu meneruskan pengajian ke menara gading.
Dana ini adalah untuk membantu pelajar miskin dan kurang berkemampuan untuk menyambung pendidikan ke peringkat lebih tinggi.
Itupun bukan dari Petronas tetapi dari Yayasan Petronas. Itupun Ismail Sabri hanya ambil RM 1 Juta daripada Yayasan Petronas untuk tujuan yang murni ini.
Jika hendak bailout syarikat mencecah nilai RM 4 Billion maka sendiri bayangkanlah sahaja berapa lagi ramai pelajar miskin yang dapat meneruskan pelajaran mereka. Mereka pula akan jadi aset tenaga kerja masa depan dalam sistem ekonomi negara kita.
Inilah beza guna wang Petronas untuk bailout mereka yang sudahpun jutawan berbanding dengan ribuan rakyat Malaysia miskin yang tidak mampu untuk sambung pelajaran. Mana yang lebih penting ?
Anda sendiri sudah tahu jawapannya.
7.0 Perbandingan Ekonomi Dengan Luar Negara
Ramai membandingkan pencapaian ekonomi negara dengan negara ASEAN yang lain. Kita bandingkan sahaja pengurusan ekonomi Ismail Sabri. Bak kata DSNR, kita berpaksikan kepada fakta.
A. Inflasi
Seluruh dunia mengalami inflasi yang sangat ketara. Kadar Inflasi di negara ASEAN pula
1. Singapore 4.3%
2. Vietnam - 5.0%
3. Indonesia - 3.47
Malaysia ? 2.2% !
GDP 2022 Menurut World Bank & IMF
1. Vietnam - 5.03%
2. Singapore - 3.4%
3. Indonesia - 5.00%
4. Thailand - 3.20%
Malaysia ? 5.5% !!!
Ismail Sabri hanya perlu fokus untuk fokus kepada 'action speaks lounder than words'. Terus menjadi pelaksana kepada semua dasar , polisi , idea dan falsafah tanpa perlu fakta dan sentimen yang gah. Yang penting impak itu gah sudah lebih daripada memadai.
Kita berpijak di bumi yang nyata dimana Kita sudah ada pun PM yang disokongi kerajaan dan pembangkang.
Comments
Post a Comment