PEMANSUHAN AP IMPORT MAKANAN OLEH YAB PM DSIS BAWA 5 KEBAIKAN UNTUK RAKYAT
1. AP atau lesen import adalah suatu lagi instrument monopoli peninggalan zaman Tun Mahathir yang kini telah dimansuhkan oleh Datuk Seri Ismail Sabri. Pemansuhan AP Makanan yang selama ini dilaung-laungkan sebagai buruk oleh pihak pembangkang akhirnya dihapuskan oleh DSIS yang tidak sampai setahun memimpin Malaysia. Jauh lebih berkesan pentadbiran sekarang berbanding kepimpinan negara sebelum ini.
2. Bergerak lebih lanjut, dengan pemansuhan AP Makanan, apa yang rakyat dapat? Macam saya sebut di atas, kesan domino pertama ialah DSIS kini berjaya membasmi sumber monopoli bekalan makanan asas yang dikuasai oleh para taikun. Faktanya setakat 2022, 60% sumber bekalan makanan Malaysia adalah melalui import yang hanya boleh dilakukan oleh pemegang AP. Apa yang berlalu ialah pemegang AP ini akhirnya membentuk kartel dan mula menjadi ‘tangan ghaib’ di belakang pasaran yang sering menggangu kitaran makanan rakyat. Lihat sahaja dalam isu bekalan ayam, apabila kerajaan cuba meletakkan harga maksimum berkaitan ayam, kartel ayam mula menghentikan operasi atau menyorokkan bekalan. Jadi Ismail Sabri lebih ‘visionary’ dan terus hapuskan punca masalah ini.
3. Seterusnya, masalah yang setiap tahun dihadapi oleh Malaysia adalah isu sorok barang. Barang-barang bekalan makanan disorok dengan niat jahal untuk mewujudkan situasi “demand > supply” yang akhirnya kita tahu akan menyebabkan harga makanan “skyrocket” dan membebankan rakyat. Saya percaya golongan pemegang AP ini adalah “deep state” yang sentiasa menggerakkan amalan sorok barang ini sebab mereka mahu gagalkan segala usaha kerajaan yang ingin mengurangkan kekayaan mereka. Dengan terhapusnya AP, maka isu sorok barang tidak akan berlaku sebab semua pengusaha makanan kini bebas untuk mendapatkan bekalan daripada mana-mana sumber luar dan memutuskan rantaian “dependency” dan monopoli.
4. Apabila AP ini akhirnya kita berjaya hapuskan, segala usaha kerajaan untuk menstabilkan harga barang akan membuahkan hasil. Jika sebelum ini kartel makanan boleh bermain manipulasi untuk memastikan usaha menstabilkan harga makanan gagal, kita mereka tidak berpeluang lagi. Para pengusaha makanan terutamanya golongan bumiputra yang berdagang pada skala kecil dan sederhana boleh menjadikan usaha penstabilan harga makanan oleh kerajaan sebagai peluang untuk menambah pendapatan kerana padang permainan buat mereka kini sudah adil. Taikun sudah tiada lagi.
5. Usaha penghapusan AP ini barulah kita dapat merasakan penawar dan bukannya sekadar ubat tahan sakit oleh pemimpin kita. Inisiatif seperti ayam RM1 yang sebelum ini hanya sebagai kosmetik, kini boleh menjadi inisiatif berpanjangan apabila kartel ini sudah hilang. Antara sektor makanan yang akan dimerdekakan adalah sektor sayuran, daging, ayam dan gula juga. Semua ini adalah nadi perut rakyat Malaysia. Tambahan pula, kepupusan AP ini akan memudahkan pihak berkuasa untuk membanteras rasuah dalam sektor bekalan makanan yang sebelum ini sering dikacau oleh “mafia” makanan selama ini. Anda semua masih ingat lagi isu Kartel Daging? Bahaya kan?
6. Kebijaksanaan Datuk Seri Ismail Sabri juga adalah tepat pada waktunya di mana seluruh dunia sedang berdepan dengan krisis jaminan makanan (food security). Memahami bahawa krisis adalah lubuk yang akan diambil kesempatan oleh kartel makanan, menghapuskan AP adalah sangat wajar. Penghapusan ini juga memberi ruang kepada peniaga bumiputra adalah berada bersama dalam perniagaan import serta membolehkan nasib petani, penternak dan nelayan terbela dan tidak lagi dipinggirkan.
7. Ramai terkejut sebenarnya dengan langkah yang diambil oleh DSIS ini. Terkejut kerana ramai tahu kartel makanan ini juga turut merasuk beberapa pemimpin negara, tetapi bukan DSIS. DSIS semenjak 2015 lagi telah istiqamah dalam isu ini apabila dia telah menggerakkan langkah untuk memboikot peniaga yang bersekongkol bersama kartel makanan sebelum ini dan enggan menurunkan harga barang.. Kini dengan kuasa sebagai pemimpin utama Malaysia, DSIS telahpun menunaikan janji dan amanahnya kepada bangsa, memastikan makanan adalah hak asas dan bukan hanya keistimewaan kepada sesetengah pihak sahaja.

Comments
Post a Comment