5 Fakta Kejayaan DSIS DI Washington


1. Kejayaan Menyuarakan Isu Palestin

Dalam keadaan dunia yang makin bergolak dan berdepan dengan pelbagai konflik yang menuntut perhatian dunia seperti konflik serantau melibatkan Ukraine dann Russia, dunia seolah-olah bersifat selektif dan terlupa akan perjuangan dan penderitaan rakyat Palestin yang setiap tahun berhadapan dengan pembantaian tanpa perikemanusiaan oleh Israel. Walaupun baru sahaja menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri dengan berani menyatakan pendirian tegas Malaysia bahawa Palestin mesti mendapat pembelaan sewajarnya dan tindakan Israel mesti dikutuk dan dihentikan. Mengapakah ini kejayaan? Kerana DSIS menyatakan peringatan yang tegas ini di hadapan sekutu Israel paling besar di dunia, Presiden Amerika Syarikat. Kalau di depan Biden pun Ismail umpama singa, bayangkan sahaja ketegasan beliau dalam isu-isu ummat yang lain. 


2. Membawa Perlaburan Ekonomi Luar

Lawatan kerja DSIS membawa satu motif yang nyata. Ingin memastikan Amerika Syarikat kekal sebagai rakan dagangan keempat terbesar Malaysia atau lebih lagi. Dalam lawatan kerja 4 hari tersebut, Ismail Sabri sendiri telah meluangkan masa untuk bertemu dengan kapten industri luar dan malahan para pelabur daripada Amerika Syarikat juga sudah bersedia untuk membuat perlaburan di Malaysia dan melakukan perkongsian teknologi yang lebih maju.


3. Kestabilan Ekonomi Negara

Peralihan ke fasa endemik COVID19 dan fasa kestabilan politik di bawah DSIS juga menjadi mesej utama yang dibawa oleh delegasi Malaysia kepada Amerika Syarikat dan rakan-rakan ASEAN yang lain. Peribadi DSIS yang mementingkan diplomasi berjaya membawa kemajuan kepada konflik minyak sawit yang sebelum ini diboikot oleh pelobi anti minyak sawit yang tidak senang dengan sifat Kerajaan PH yang terlalu berkonfrontasi. Mesej kestabilan inilah yang meyakinkan semula rakan-rakan dagangan bahawa polisi ekonomi Malaysia adalah konsisten dan mesra pasaran di bawah DSIS.


4. Memartabatkan Bahasa Malaysia

DSIS juga mengambil kesempatan lawatan kerja ini untuk memastikan usaha mengembalikan Bahasa Malaysia sebagai lingua franca bermula. Walaupun dicemuh oleh pihak-pihak yang membenci bahasa kebangsaan, Perdana Menteri kita terus menunjukkan keyakinan peribadi beliau kepada bahasa nusa sendiri yang akhirnya dituturkann kepada pelbagai delegasi antarabangsa. Sudah tentu revolusi bahasa yang dibawa oleh DSIS ini sudah mula mendapat perhatian daripada masyarakat antarabangsa dan mengembalikan semula martabat Bahasa Malaysia.


5. Memperkasa Agenda ASEAN

DSIS juga memainkan peranan penting sebagai pemimpin serantau apabila beliau dengan tegas telah melobi Amerika Syarikat untuk memperbetulkan semula kesilapan Trump dan meminta BIden untuk memastikan Indo Pacific Economy Framework dijana dengan lebih cepat untuk membantu ekonomi ASEAN disamping menjadi penyeimbang kepada pengaruh ekonomi China yang kelihatan cuba menekan kedaulatan ASEAN melalui ekonomi. Sekiranya Amerika Syarikat kembali semula untuk bersama-sama dengan ASEAN, maka DSIS adalah oleh yang tepat untuk diberikan kredit tersebut atas usaha yang berani ini.

Comments

Popular posts from this blog

Kadir Jasin, Let's Speak and Allow Bahasa Melayu to be Respectfully Understood

SETAHUN BERSAMA ISMAIL SABRI

Ismail Sabri Score Goal Raya