Sifar Kematian COVID-19 : Malaysia Menghampiri Norma Sosial
Buat kali pertama Malaysia semalam, tidak merekodkan sebarang kes kematian akibat jangkitan COVID-19.
Kali terakhir negara merekodkan sifar kes kematian ialah pada 18 bulan lalu iaitu 18 Disember 2020.
Kepimpinan Ismail Sabri menguruskan negara dengan teliti telah berjaya membuahkan hasil apabila kini ekonomi dan kesihatan rakyat dapat bergerak dengan seiring.
Oleh sebab itu , beliau menerima anugerah Ijazah Kehormat Doktor Perubatan dari Universiti Nihon, yang juga antara universiti swasta terkemuka dan tertua di Jepun.
Anugerah itu adalah sebagai mengiktiraf usaha dan sumbangan Ismail Sabri dalam memerangi pandemik COVID-19.
Pada masa yang sama , kadar pencapaian vaksinasi di Malaysia adalah antara yang terpantas di seluruh dunia.
Malaysia konsisten memberi kadar vaksinasi yang tinggi melebihi 500,000 dos sehari.
Kadar vaksinasi bagi populasi dewasa di Malaysia menghampiri 100 peratus apabila seramai 27,215,106 individu telah lengkap divaksin.
Kehidupan rakyat pula kini hampir menghampiri norma asal setelah 2 tahun depani dugaan Covid-19.

Comments
Post a Comment