ISMAIL SABRI UNTUK JOHOR
YAB Perdana Menteri Dato' Seri Ismail Sabri sudah membuat banyak inisiatif dalam aspek pendidikan dan ekonomi kepada negeri Johor.
Banyak dasar beliau tidak kira di peringkat pusat ataupun negeri memberi kekuataan kepada 'feel good factor' dalam kalangan bangsa Johor pada PRN kali ini.
Ketika menghadiri Karnival KPT Keluarga Malaysia di Batu Pahat, Johor Ismail Sabri menegaskan bahawa pendidikan akan terus menjadi agenda utama negara yang digaris sejak merdeka meskipun kerajaan bertukar-tukar pentadbiran.
PELAN PELAKSANAAN PENDIDIKAN
1.0 Jelajah Pendidikan Keluarga Malaysia
Menyasarkan kira-kira 50,000 pelajar memasuki universiti,
2.0 Program Pembangunan Siswa Sulung Keluarga Malaysia (SULUNG)
Memfokuskan usaha membantu pelajar B40 melibatkan ahli keluarga mereka yang belum ada seorang pun pernah menjejakkan kaki ke Universiti
3.0 Memartabatkan Pendidikan TVET
YAB DSIS mengeluarkan kenyataan agar Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan menggubal dasar baharu berkaitan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional.
Pemegang sijil TVET boleh digunakan untuk melanjutkan pelajaran seterusnya di Universiti
Memperuntukkan RM6.6 bilion bagi melaksanakan pelbagai inisiatif bawah kementerian serta agensi berkaitan, termasuk Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK)
4.0 4 Kolej Komuniti di Johor bakal miliki kampus tetap
Dato' Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan empat Kolej Komuniti (KK) di negeri Johor bakal dinaik taraf dengan memiliki kampus tetap, membabitkan peruntukan kira-kira RM61.2 juta
Pelaksanaan projek berkenaan membabitkan KK Bandar Tenggara di Kota Tinggi; KK Pagoh, Muar; KK Parit Sulong, Batu Pahat; dan KK Simpang Renggam, Kluang.
PELAN PELAKSANAAN EKONOMI
1.0 Program Baucar Perlindungan Tenang
Membantu golongan berpendapatan rendah untuk membeli atau memperbaharui pelan perlindungan daripada syarikat insurans dan pengendali takaful berlesen
2.0 Rumah Mampu Milik (RMM)
Pengumuman pembinaan 1,563 buah rumah mampu milik di Johor
pada tahun 2022.
3.0 Perkhidmatan Jalur Lebar Tanpa Wayar
Meningkatkan dan memantau kualiti perkhidmatan Jalur Lebar Tanpa Wayar di seluruh negara bermula di Johor yang melibatkan 3,000 lokasi
4.0 Pelaksanaan skim Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) udara dan darat Malaysia- Singapura
Merancakkan kegiatan ekonomi tempatan di Johor dengan pembukaan laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) dan darat.
5.0 Bantuan tunai Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)
Bantuan Keluarga Malaysia sudah mula diagihkan bagi manfaat 9.6 juta rakyat Malaysia termasuk masyarakat Johor.
6.0 Meningkatkan Peluang Pekerjaan
Peluang pekerjaan ditingkatkan melalui Program Subsidi Upahan, PenjanaKerjaya, JaminKerja Keluarga Malaysia dan pembangunan portal MyFutureJobs.
Program MYFutureJobs pula menawarkan sebanyak 63, 990 jawatan kosong di Johor dan sempena Karnival KPT berkenaan sahaja, terdapat lebih 3,000 kekosongan jawatan ditawarkan
Comments
Post a Comment