ISMAIL SABRI FAKTOR KEMENANGAN BARISAN NASIONAL DI JOHOR




30 hari yang lalu, YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Ismail Sabri membenih perhatian di sanubari rakyat dengan keprihatinan beliau kepada masyarakat FELDA. DSIS membuktikan bahawa kerajaan prihatin dan sentiasa mendengar dua perkara utama yang dihadapi oleh golongan muda di kawasan tanah rancangan itu iaitu perumahan dan peluang pekerjaan di kawasan FELDA.


Beberapa kawasan FELDA di negeri Johor sudah mula melaksanakan program ini dengan kerjasama persatuan belia FELDA di kawasan berkenaan dan berharap pelaksanaannya dapat diperluaskan dengan segera di kawasan FELDA lain seluruh negara.


Sebelum kehangatan pilihan raya dirasai, DSIS ialah individu pertama yang mencuri perhatian masyarakat, tentang betapa Barisan Nasional adalah satu-satunya pilihan yang menjanjikan pemeliharaan kebajikan masyarakat tempatan Johor.


Menjelang PRN Johor, kehadiran DSIS bersama jentera kerajaan melaui pelbagai program semakin mendapat perhatian masyarakat. Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) telah membuka mata masyarakat betapa istimewa Johor di mata Barisan Nasional. Kehadiran Calon Menteri Besar Johor, Dato' Haji Hasni yang mendokong kepimpinan dan kehadiran jentera DSIS menyerlahkan lagi kerjasama dalaman yang menggambarkan kestabilan dan masa depan hubungan baik antara Johor dan Kerajaan Persekutuan pada masa akan datang.


Ini lambang keseriusan masa depan Johor di bawah pimpinan Kerajaan Persekutuan.


Bahtera kempen bersama DSIS tidak terhenti dengan JAKM, DSIS teruskan lagi kunjugan peribadi ke serata Johor untuk meberikan keyakinan kepada rakyat bahawa kerajaan serius dalam pemerkasaan sosioekonomi dan pendidikan Bangsa Johor. Dari Pontian hingga Segamat, lawatan Perdana Menteri, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob ke Johor memberi 1001 makna buat mereka di sini selepas dikecewakan oleh kepimpinan PH sebelum ini, apatah lagi dengan pengumuman yang dibuat oleh PM sendiri. 


Sijil dan Cek inisiatif Jamin Kerja kepada 17 orang penerima termasuklah Majikan serta penerima bantuan Skim Insurans Pekerjaan. Dalam program ini, PERKESO menyediakan sebanyak 6,092 kekosongan jawatan yang melibatkan 20 majikan yang memberi manfaat kepada pelbagai lapisan masyarakat. Jelajah Pendidikan telah memberi perhatian kepada anak muda untuk diberi laluan pengajian tinggi. Beberapa Kolej Komuniti juga mendapat keistimewaan untuk dinaik taraf menjadi kampus kekal.


Minggu lalu, DSIS kembali bertemu dengan komuniti tempatan di Majlis Transformasi Perladangan Felda di Balai Raya Felda Endau dan sekali lagi memberi peringatan mesra kepada pengundi tempatan, bahawa hanya Barisan Nasional sahaja satu-satunya parti yang meberi aspirasi pembangunan Felda dan masyarakat tempatan. Felda lahir dari pemimpin Barisan Nasional dan sehingga hari ini dipelihara pemimpin dari parti yang sama. 


Benih-benih perhatian dan keprihatinan seorang Perdana Menteri telah dituai Barisan Nasional semalam. Kehadiran DSIS menggagahkan lagi kekuatan jentera parti yang tidak jemu membantu parti untuk kemenangan besar kali ini. Ismail Sabri telah mengembalikan kekuatan Bangsa Johor, bersama Keluarga Malaysia!

Comments

Popular posts from this blog

Kadir Jasin, Let's Speak and Allow Bahasa Melayu to be Respectfully Understood

SETAHUN BERSAMA ISMAIL SABRI

Ismail Sabri Score Goal Raya