DNB: PERCATURAN BIJAK ISMAIL SABRI YAAKOB
Keputusan kabinet Ismail Sabri meneruskan konsep SWN adalah tepat dan memberi kesan positif kepada semua sektor.
🇲🇾Tidak melengahkan projek 5G di Malaysia. Ia harus dilaksanakan segera bagi mengatasi isu jurang digital antara bandar dan pinggir bandar.
💻Konsep SWN akan menjamin pemasangan menara telekomunikasi hingga ke ceruk rantau. Ia bagi memastikan semua pengguna berhak mendapat coverage internet yang baik.
🖥️Memudahkan proses PDPR dan pendidikan secara online dalam peringkat sekolah rendah, menengah dan tinggi.
📊Projek 5G ini menjana peluang pelaburan dalam industri pembuatan, perubatan dan industri 4.0 yang akan menjadi hub ekonomi baru kepada negara.
📱Tidak tunduk dengan tekanan Telco sebagai bukti bahawa polisi kerajaan adalah konsisten. Ini akan menambah baik keyakinan pelabur terhadap negara.
🔐Menjaga keselamatan negara dari sebarang ancaman penggodam dan pencurian data sekiranya Malaysia beralih kepada konsep DWN.
🪢Perkongsian awam swasta sebagai satu langkah menang-menang untuk menjaga kepentingan semua pemegang-taruh dalam industri telekomunikasi.
Tahniah, kepada Malaysia telah membuat keputusan yang bijak.

Comments
Post a Comment